ACE 2022: MINI Cooper SE EV di SCCC pada 5-6 Nov, pembiayaan menarik dengan hadiah bernilai RM8.2k!

ACE 2022: MINI Cooper SE EV di SCCC pada 5-6 Nov, pembiayaan menarik dengan hadiah bernilai RM8.2k!

Acara Auto Car Expo (ACE) bakal berlangsung pada 5-6 November 2022. Acara ini dianjurkan oleh paultan.org dan ditaja bersama oleh Petron, Yinson GreenTech and myTukar. Ini sebuah acara pameran dan jualan pelbagai jenis kenderaan dari pelbagai jenama, dan akan berlangsung di Pusat Persidangan Setia City (SCCC).

MINI antara jenama yang akan terlibat melalui wakil pengedarnya,Wheelcorp Premium yang akan mempamerkan MINI Cooper SE EV — sebuah kereta elektrik yang cukup menarik. Tidak hanya akan ada tawaran pembiayaan menarik untuk model MINI ini, pembeli juga akan menerima hadiah berupa tilam queen size dari Magniflex bernilai RM8,200.

Memacu kereta kompak ini ialah sebuah motor elektrik dengan janaan 184 PS dan 270 Nm tork ke roda depan, dengan kemampuan memecut 0-100 km/j dalam masa 7.3 saat dan laju maksimum 150 km/j. Bateri lithium-ion berkapasiti 28.9 kWh yang ada mampu memberikan jarak 232 km mengikut kitara WLTP, dengan penggunaan kuasa antara 15.2 kWh hingga 17.6 kWh bagi setiap 100 km.

Ciri yang melengkapinya termasuk sistem tanpa kunci, butang Push Start, kawalan pendingin dua-zon, cermin antisilau, kerusi balutan kulit buatan, bantuan parkir, head-up display, kluster instrumen digital lima-inci dan sistem tunjuk arah MINI; ini menggunakan skrin sentuh 8.8-inci serta Apple CarPlay, sistem audio Harman Kardon 12-pembesar suara, pengecas tanpa wayar Qi dan kamera undur.

ACE 2022: MINI Cooper SE EV di SCCC pada 5-6 Nov, pembiayaan menarik dengan hadiah bernilai RM8.2k!

Dari segi keselamatan, Cooper SE EV menerima pakej Driving Assistant yang termasuk AEB, pengesan tanda trafik dan amaran penukaran lorong, berserta enam beg udara, kawalan ketabilan dan Isofix di kerusi depan dan belakang.

MINI merupakan antara jenama yang bakal ikut serta dalam acara ini, bersama-sama Hyundai, Toyota, Nissan, Honda, Proton, Perodua dan Subaru. Selain itu, wakil daripada jenama premium juga ada, dengan Mercedes-Benz (melalui Cycle & Carriage) dan BMW (melalui Wheelcorp Premium) akan ikut serta.

Sama seperti PACE, anda berpeluang untuk memandu uji dan membeli kenderaan yang dihajatkan sepanjang ACE 2022 berlangsung — unit baru atau terpakai, semuanya ada, dengan tawaran menarik daripada semua jenama yang terlibat.

Selain daripada promosi daripada jenama terlibat, yang akan kami umumkan dari semasa ke semasa, anda juga boleh menikmati tawaran khas oleh paultan.org. 200 pelanggan terawal yang membuat tempahan kenderaan baru akan menerima gabungan baucar bernilai RM2,500 yang terdiri daripada baucar RM500 bagi filem penapis haba V-Kool, RM500 bagi baucar Dodomat, baucar RM500 untuk penapis udara Blueair, baucar RM500 Recaro untuk kerusi keselamatan kanak-kanak dan baucar RM500 DK Schweizer bagi balutan kulit kustom untuk ruang dalaman kenderaan.

ACE 2022: MINI Cooper SE EV di SCCC pada 5-6 Nov, pembiayaan menarik dengan hadiah bernilai RM8.2k!

myTukar juga menawarkan baucar RM1,000 bagi 25 pelanggan pertama yang membuat tempahan kereta terpakai atau trade-in kenderaan mereka menerusi platform berkenaan. Mereka yang trade-in kenderaan akan menerima baucar RM500 masing-masing untuk V-Kool dan Blueair. Sementara 25 lagi pelanggan terawal yang membuat tempahan kereta terpakai akan menerima baucar RM500 untuk Dodomat dan RM500 untuk kerusi kanak-kanak Recaro. Jika anda trade-in kenderaan dan menempah kereta terpakai lain sekaligus, jumlah baucar akan meningkat kepada RM1,500.

Hadiah tidak berakhir di situ. Tempahan kereta baru yang telah disahkan pula akan membolehkan anda untuk layak dalam cabutan bertuah dengan tawaran pelbagai hadiah, termasuk 10 telefon pintar bernilai RM2,300 setiap satu dan hadiah utama terdiri daripada pakej percutian untuk dua orang bernilai RM10,000!

Walaupun dengan peraturan pandemik Covid-19 yang semakin longgar kini, kami masih akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan semua orang. Pengunjung adalah digalakkan untuk menggunakan pelitup muka sepanjang masa ketika berada di dalam ruang pameran, dan cecair sanitasi tangan juga akan diletakkan di beberapa tempat di sepanjang acara berlangsung.

Banyak lagi perincian promosi yang akan kami kongsikan daripada jenama-jenama yang ikut serta nanti, jadi teruskan bersama kami. Sementara itu, tandakan kalendar anda untuk 5-6 November 2022 untuk ACE 2022 di SCCC. Jumpa di sana!

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required