ACE 2022: Subaru XV — Dual X-Mode, Symmetrical AWD, EyeSight ADAS; jimat RM8k, stok tersedia!

ACE 2022: Subaru XV — Dual X-Mode, Symmetrical AWD, EyeSight ADAS; jimat RM8k, stok tersedia!

Imej sebuah SUV yang menarik tentulah yang bukan saja ranggi tapi juga selamat, kan? Jika ini keutamaannya, maka Subaru XV akan memenuhi keperluan itu. Versi terbaru SUV crossover segmen C Subaru ini mempertemukan gaya rekaan luaran yang sporty dengan kemampuan pacuan off-road yang terbukti — gaya yang dipadankan dengan kemampuan sebenar yang meletakkannya dalam kelas tersendiri.

XV terkini datang dengan pemilih mod pemanduan Subaru Intelligent Drive (SI-Drive) serta sistem Dual X-Mode baru dengan tetapan Dirt dan Mud. Menjadi teras utama ciri berkenaan tentulah Symmetrical All-Wheel Drive yang sangat sinonim dengan Subaru, yang memberikan keyakinan pemanduan tidak kira dalam permukaan jalan. Jika ingin ia pergi lebih jauh, dengan menukar set tayar off-road misalnya, tentulah ia mampu untuk meneroka ke permukaan lebih mencabar.

Ia hadir dengan dengan ciri AWD, tetapi XV lebih direka untuk kegunaan urban. Sistem bantuan pemandu Subaru EyeSight juga terdiri daripada AEB, kawalan melayar adaptif dengan Stop/Go, amaran penukaran lorong, amaran pergerakan kereta depan dan kawalan salah aplikasi pedal.

Untuk menjadikannya lebih menarik, penjimatan sehingga RM8,000 diberikan dengan stoknya yang tersedia, hal yang sangat langka sekarang ini. Hadir dan dekati sendiri Subaru XV di acara ACE 2022 baik di ruang pamer dalam dewan mahupun di luar, di mana akan ditampilkan demo Subaru Advanced Technology Drive secara langsung.

ACE 2022: Subaru XV — Dual X-Mode, Symmetrical AWD, EyeSight ADAS; jimat RM8k, stok tersedia!

Subaru akan menyertai banyak lagi jenama lain ketika pameran ACE 2022, seperti Hyundai, Toyota, Nissan, Honda, Proton, Perodua dan Subaru. Selain itu, wakil daripada jenama premium juga ada, dengan Volvo (melalui Ingress Swede Automobile), Mercedes-Benz (melalui Cycle & Carriage) dan BMW/MINI (melalui Wheelcorp Premium) akan ikut serta.

Sama seperti PACE, anda berpeluang untuk memandu uji dan membeli kenderaan yang dihajatkan sepanjang ACE 2022 berlangsung — unit baru atau terpakai, semuanya ada, dengan tawaran menarik daripada semua jenama yang terlibat.

Selain daripada promosi daripada jenama terlibat, yang akan kami umumkan dari semasa ke semasa, anda juga boleh menikmati tawaran khas oleh paultan.org. 200 pelanggan terawal yang membuat tempahan kenderaan baru akan menerima gabungan baucar bernilai RM2,500 yang terdiri daripada baucar RM500 bagi filem penapis haba V-Kool, RM500 bagi baucar Dodomat, baucar RM500 untuk penapis udara Blueair, baucar RM500 Recaro untuk kerusi keselamatan kanak-kanak dan baucar RM500 DK Schweizer bagi balutan kulit kustom untuk ruang dalaman kenderaan.

myTukar juga menawarkan baucar RM1,000 bagi 25 pelanggan pertama yang membuat tempahan kereta terpakai atau trade-in kenderaan mereka menerusi platform berkenaan. Mereka yang trade-in kenderaan akan menerima baucar RM500 masing-masing untuk V-Kool dan Blueair. Sementara 25 lagi pelanggan terawal yang membuat tempahan kereta terpakai akan menerima baucar RM500 untuk Dodomat dan RM500 untuk kerusi kanak-kanak Recaro. Jika anda trade-in kenderaan dan menempah kereta terpakai lain sekaligus, jumlah baucar akan meningkat kepada RM1,500.

ACE 2022: Subaru XV — Dual X-Mode, Symmetrical AWD, EyeSight ADAS; jimat RM8k, stok tersedia!

Hadiah tidak berakhir di situ. Tempahan kereta baru yang telah disahkan pula akan membolehkan anda untuk layak dalam cabutan bertuah dengan tawaran pelbagai hadiah, termasuk 10 telefon pintar bernilai RM2,300 setiap satu dan hadiah utama terdiri daripada pakej percutian untuk dua orang bernilai RM10,000!

Walaupun dengan peraturan pandemik Covid-19 yang semakin longgar kini, kami masih akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan semua orang. Pengunjung adalah digalakkan untuk menggunakan pelitup muka sepanjang masa ketika berada di dalam ruang pameran, dan cecair sanitasi tangan juga akan diletakkan di beberapa tempat di sepanjang acara berlangsung.

Banyak lagi perincian promosi yang akan kami kongsikan daripada jenama-jenama yang ikut serta nanti, jadi teruskan bersama kami. Sementara itu, tandakan kalendar anda untuk 5-6 November 2022 untuk ACE 2022 di SCCC. Jumpa di sana!

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required