Stesen pengecas EV TNB Electron tersedia menjelang 2025 – dua hab khusus kerjasama Gamuda Land

Stesen pengecas EV TNB Electron tersedia menjelang 2025 – dua hab khusus kerjasama Gamuda Land

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjalin kerjasama strategik dengan Gamuda Land bagi membina dua stesen pengecasan kenderaan elektrik yang berkuasa solar pertama di negara ini. Kedua-dua syarikat telah pun menandatangai perjanjian sefahaman (MoU) untuk membangunkan stesen EV, atau hab pengecasan, yang akan dijenamakan sebagai Electron.

Menurut Ketua Pegawai Strategi dan Venture TNB, Datuk Ir Megat Jalaluddin Megat Hassan, stesen berkenaan akan dibina bagi projek pembangunan hartanah Gamuda Land di Gamuda Cove dan Taman Gamuda, kedua-duanya di Selangor. Ia dijangka dapat memberi perkhidmatan menjelang tahun 2025.

Stesen Electron ini akan dikuasakan oleh panel solar atas bumbung yang akan membantu mengimbangi elektrik daripada grid dan menyokong persekitaran yang lebih hijau. Tanpa mendedahkan perincian teknikal yang lebih spesifik, syarikat berkenaan berkata stesen terbabit boleh digunakan untuk kenderaan plug-in hybrid mahu pun elektrik sepenuhnya bagi semua jenama kenderaan yang mengeluarkannya, serta menyediakan pengecasan pantas DC serta AC.

Sama seperti stesen minyak, stesen Electron turut menyediakan kioks untuk membeli makanan dan minuman, bagi kemudahan para pelanggan sementara menantikan kenderaan mereka dicas.

Menurut kedua-dua syarikat terbabit, kerjasama ini juga akan memberi laluan ke arah meningkatkan penggunaan kenderaan elektrik di Malaysia dan mencapai aspirasi pelepasan sifar bersih Malaysia menjelang 2050.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required