Penjara tidak lebih 5 tahun dan denda RM5,000-RM15,000 jika beraksi lagak ngeri di jalan raya – PDRM

Penjara tidak lebih 5 tahun dan denda RM5,000-RM15,000 jika beraksi lagak ngeri di jalan raya – PDRM

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menerusi laman Facebook rasminya sekali lagi telah memberikan peringatan kepada penunggang motosikal ‘berhati kering’ yang gemar melakukan aksi berbahaya di jalan raya.

“Perbuatan aksi lagak ngeri dan berbahaya ala “superman” yang dilakukan oleh penunggang motosikal khasnya anak muda di atas jalan raya demi mencari kepuasan hidup terus berlaku. Sedarkah mereka bahawa perbuatan tersebut bukan sahaja boleh mendatangkan bahaya pada diri sendiri malah mengundang kecelakaan kepada pengguna jalan raya yang lain?

Tindakan tersebut nyata melanggar undang-undang di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan,” ujar kenyataan yang dikeluarkan itu,

Menurut PDRM lagi, sekiranya didapati bersalah, penunggang motosikal terbabit boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan dikenakan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000.

“Seseorang yang disabitkan di bawah seksyen ini juga hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun dari tarikh sabitan,” sambungnya lagi.

Dah banyak kali PDRM mengulangi amaran yang sama, jadi bagi penunggang motosikal yang gemar melakukan aksi berkenaan, sila gunakan otak untuk berfikir sewarasnya. Mungkin juga aksi berbahaya berkenaan juga bakal menjadi penamat riwayat hidup anda. Atau pun mungkin ada orang lain yang tak bersalah pula menjadi mangsa.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required