Lebuhraya DASH, SPRINT ditutup sementara pada 5-6 Nov sempena AS LLM DASH Penchala Link Night Run

Lebuhraya DASH, SPRINT ditutup sementara pada 5-6 Nov sempena AS LLM DASH Penchala Link Night Run

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah mengumumkan penutupan sementara beberapa laluan di sepanjang jajaran Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH) dan Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) sempena penganjuran Anak Sarawak (AS) LLM DASH Penchala Link Tunnel Night Run yang bakal berlangsung pada Sabtu ini, 5 November 2022.

Penutupan beberapa laluan bagi kedua-dua lebuhraya berkenaan akan dilaksanakan secara berperingkat bermula jam 9 pagi pada 5 Nov sehingga 5 pagi pada 6 Nov (Ahad). Susulan penutupan laluan terbabit, pengguna Lebuhraya DASH dan SPRINT disarankan menggunakan jalan alternatif yang dicadangkan untuk ke destinasi-destinasi tertentu.

Bagi Lebuhraya DASH, laluan yang terlibat dengan penutupan adalah dari LDP ke DASH (Ramp 13 D & 13F), Penchala Link ke DASH (Ramp 13E), Jalan PJU 7/9 ke DASH (Ramp 13G), Persiaran Surian, Persiaran Kenanga, Persiaran Mahogani dan Jalan PJU 8/1 Damansara Perdana. Peserta acara larian ini boleh memasuki kawasan parkir yang disediakan melalui Persiaran Surian dan Persiaran Kenanga.

Klik untuk besarkan imej

Pengguna yang melalui DASH sepanjang acara berkenaan akan dilencongkan ke persimpangan Persiaran Surian (susur keluar) iaitu selepas Plaza Tol (RRIM) Kwasa Damansara. Kesemua laluan Lebuhraya DASH akan dibuka semula pada jam 5.01 pagi pada 6 Nov.

Manakala untuk Lebuhraya SPRINT pula, laluan yang bakal ditutup melibatkan Damansara Perdana (Ramp Penchala Link), Mutiara Damansara (Ramp Penchala Link), LDP utara KM4.4 (Ikea), LDP selatan KM3.5 (Empire Damansara), Persimpangan TTDI ke Hubungan Penchala arah barat, dan Persimpangan TTDI kg Sg Penchala ke Hubungan Penchala (arah Mont Kiara).

Selain itu, ia turut melibatkan susur Hartamas ke Hubungan Penchala arah barat (arah LDP), Kerinchi Link arah utara ke Hubungan Penchala barat (arah LDP) dan Jalan Duta ke Hubungan Penchala arah barat (arah LDP). Dimaklumkan bahawa, laluan di SPRINT akan dibuka semula mulai jam 1.01 pagi pada 6 Nov.

Pengguna kedua-dua lebuhraya berkenaan diminta untuk mengikut arahan petugas trafik di lokasi terbabit, pandu berhati-hati dan rancang perjalanan terlebih dahulu.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required