Nissan Fairlady 350Z dibida dengan harga RM35,600 menerusi lelongan kenderaan sita siri 2/2022 – JPJ KL

Nissan Fairlady 350Z dibida dengan harga RM35,600 menerusi lelongan kenderaan sita siri 2/2022 – JPJ KL

Baru-baru ini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur telah mengadakan Lelongan Awam Kenderaan Sita Siri 2/2022. Di mana sebanyak 49 jumlah kenderaan telah berjaya dilelong dalam acara tersebut dengan kutipan keseluruhan adalah sebanyak RM285,750.00. Ia melibatkan 29 kenderaan yang boleh dilesenkan dan 20 kenderaan lagi adalah kenderaan yang tidak boleh dilesenkan (scrap).

Menurut Pengarah JPJ WPKL, Mohd Zaki Ismail, pada lelongan kali ini, kenderaan scrap yang dibida dengan harga tertinggi adalah RM17,100.00 iaitu sebuah lori Rigid Tipper Dumper. Manakala bagi kenderaan yang boleh dilesenkan, sebuah Nissan Fairlady 350Z berjaya menerima bidaan tertinggi dengan harga RM35,600.00.

Tambah beliau, bagi Siri 1/2022 yang berlangsung pada 28 Mac lalu, sebanyak 97 buah kenderaan sita dilelong dan berjaya mengutip sejumlah RM395,246.00 iaitu terdiri daripada 91 buah kenderaan yang boleh dilesenkan manakala sebanyak enam buah kenderaan adalah merupakan kenderaan scrap.

“Jumlah hasil keseluruhan yang berjaya dilelong pada tahun ini (Siri 1 & 2/2022) adalah sebanyak RM680,996.00,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

Katanya lagi, harga kenderaan adalah tertakluk kepada harga minimum yang ditentukan. JPJ berhak menarik balik mana-mana kenderaan jika pihak jabatan tidak berpuas hati atas harga yang ditawarkan atau harga tidak mencapai harga minimum yang ditentukan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Sell your car, get paid in 24 hours

Renew your car insurance with us, 10% discount!

Use the promo code 'PAULTAN' when you checkout for 10% discount!

Renew Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required