Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan untuk minggu bertarikh 22 hingga 28 Disember 2022, harga runcit bagi petrol RON 97 turun sebanyak 20 sen, dari RM3.55 seliter, menjadi RM3.35 seliter. Ia merupakan penurunan harga buat tiga minggu berturut-turut bagi bulan ini.
Untuk petrol RON 95 yang telah mencapai harga siling pula, ia masih dikekalkan pada paras RM2.05 seliter. Bagi diesel Euro B10/B20, harganya turut dikekalkan pada paras RM2.15 seliter, dan gred Euro 5 B7 pula berharga RM2.35 seliter.
MoF turut berkata, kerajaan akan sentiasa memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.