Penunggang motosikal melanggar lori dan terjatuh atas lebuhraya — semua perlu lebih berhati-hati

Penunggang motosikal melanggar lori dan terjatuh atas lebuhraya — semua perlu lebih berhati-hati

Sebuah kejadian mengerikan berlaku melibatkan sebuah lori dan motosikal di lebuhraya di Kuala Lumpur yang sempat dirakam baru-baru ini menjadi tular dan dikongsikan dalam laman Facebook We are Malaysians.

Dalam video bertarikh 20 Disember 2022 itu, kereta yang merakam insiden tersebut menunjukkan ia sedang menghampiri sebuah lori dari lorong paling kanan dalam kelajuan sederhana. Beberaka ketika kemudian, lori berkenaan bertindak untuk bertukar ke lorong tengah, dan kelihatan sebuah motosikal memotong kereta yang merakan video itu dari sebelah kiri dan terus ke depan.

Ketika motosikal itu berada di depan kereta, lori tadi memberikan isyarat untuk kembali memasuki lorong kanan untuk memotong kereta lain di depan. Namun, motosikal terbabit tidak sempat mengelak, dan melanggar lori berkenaan. Itu menyebabkan penunggang hilang keseimbangan, dan kemudian tercampak dari motosikal dan menghentam penghadang jalan.

Penunggang motosikal melanggar lori dan terjatuh atas lebuhraya — semua perlu lebih berhati-hati

Pemandu kereta yang merakan insiden berkenaan terpaksa membrek dengan keras untuk mengelak daripada melanggar penunggang yang berada di atas jalan di depannya, dan membunyikan hon untuk menarik perhatian pemandu lori. Bagaimanapun, lori berkenaan seperti tidak mendengar bunyi hon berkenaan dan meneruskan pemanduan.

Kejadian malang seperti ini perlu menjadi peringatan kepada semua pengguna jalan raya. Kenderaan berat seperti lori dan lori tangki mempunyai kawasan titik buta yang lebih besar, dan ini merbahaya untuk kenderaan lebih kecil — apatah lagi sebuah motosikal — untuk berada dalam kawasan yang tidak kelihatan itu.

Lebih baik untuk memberikan ruang yang luas untuk kenderaan berat dan besar ketika di atas jalan, kerana pemandunya tidak akan mudah untuk menyedari kehadiran kenderaan lain yang memasuki kawasan titik butanya. Pemandu kenderaan berat dan besar juga perlu lebih peka untuk memastikan keadaan sekeliling sebelum bertindak menukar lorong atau membelokkan kenderaan bagi mengelakkan kejadian seperti ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required