Perodua pecah rekod jumlah jualan bulanan – 31,224 unit pada bulan Disember 2022, lebih 1k didaftar sehari

Perodua pecah rekod jumlah jualan bulanan – 31,224 unit pada bulan Disember 2022, lebih 1k didaftar sehari

2022 adalah satu tahun yang memberangsangkan bagi Perodua, menyaksikan pelbagai rekod syarikat berjaya dipecahkan. Dengan sejumlah 282,019 unit berjaya didaftarkan, syarikat itu bukan setakat dapat melepasi sasaran jualan mereka (247,800 unit), tetapi juga memecahkan rekod jualan sepanjang masa mereka, iaitu 240,341 unit (dicatat pada tahun 2019).

Nampaknya ia tidak terhenti setakat di situ, kerana ada satu lagi rekod baru yang tidak dinyatakan secara rasmi. Presiden dan CEO Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad mendedahkan bahawa syarikat berhadapan dengan bulan yang cukup sibuk Disember lalu, dengan secara puratanya 1,000 buah kenderaan didaftar setiap bulan.

Dengar macam menakjubkan, jadi kami pun buat semakan. Rekod jualan bulanan terbaik Perodua dicatatkan hanya pada bulan sebelumnya, iaitu 28,592 unit pada November 2022. Apabila diambil jumlah jualan keseluruhan 2022, ditolak dengan jumlah jualan dari Januari sehingga November (250,795 unit), kita akan mendapat 31,224 unit untuk bulan Disember 2022 dan merupakan satu rekod jualan bulanan baru untuk syarikat itu.

Ini adalah sesuatu yang menarik untuk dilihat kerana syarikat itu tidak berehat meskipun pada bulan November mereka sudah berjaya melepasi sasaran jualan bulanan dan mencatat rekod jualan tahunan terbaik pada masa yang sama. Walaupun dengan keadaan sebegitu, mereka terus berusaha keras untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required