Kerajaan tidak bercadang turunkan harga siling petrol dan diesel elak tanggung jumlah subsidi lebih besar

Kerajaan tidak bercadang turunkan harga siling petrol dan diesel elak tanggung jumlah subsidi lebih besar

Kementerian Kewangan (MOF) menyatakan had harga siling untuk bahan api petrol RON95 dan diesel tidak akan diturunkan lagi bagi mengelakkan kerajaan menanggung jumlah subsidi yang lebih tinggi secara berterusan, lapor Bernama.

“Bagi terus melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak mentah di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga siling petrol RON95 dan diesel bersubsidi sehingga kini, sungguhpun harga pasaran sebenar telah melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” tulis jawapan bertulis yang disiarkan dalam laman sesawang Dewan Rakyat pada Isnin.

Kenyataan tersebut diberikan oleh MOF bagi menjawab soalan Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PAS-Pasir Puteh) mengenai perancangan kerajaan berkaitan penstrukturan semula subsidi minyak petrol.

Namun walaupun harga siling tersebut tidak diturunkan, kementerian itu menegaskan kerajaan sedang meneroka langkah menambah baik pemberian subsidi secara lebih bersasar bagi mengurangkan ketirisan serta mengimbangi tanggungan subsidi dengan keperluan untuk terus memelihara kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

“Dalam masa yang sama agar penjimatan subsidi dapat digunakan bagi mengoptimumkan perbelanjaan untuk program dan projek yang memberi nilai tambah kepada ekonomi negara,” tambah MOF.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required