Review Toyota Vios 2023 di Malaysia — dari RM90k

Review Toyota Vios 2023 di Malaysia — dari RM90k

Toyota Vios 2023 generasi keempat menampilkan begitu banyak pembaharuan dan peningkatan berbanding model lamanya. Dilancarkan pada bulan Mac lalu, penawaran Vios terbaru ini hanya melibatkan dua varian sahaja: Vios E, yang dijual dengan harga RM89,600 atas jalan tidak termasuk insuran, dan diikuti oleh varian G dengan harga RM95,500. Berbanding penawaran sama sebelum ini, masing-masing varian berkenaan naik sebanyak RM4,000 dan RM5,100.

Pembaharuan paling utama, Vios platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) dengan dimensi yang lebih besar berbanding model sebelumnya. Ukuran dimensi berkenaan adalah 4,425 mm panjang (+5 mm), 1,740 mm lebar (+10 mm) dan 1,480 mm tinggi (+5 mm). Lebih penting, jarak antara rodanya kini 70 mm lebih panjang dengan 2,620 mm.

Untuk enjin, Vios 2023 menggunakan unit 2NR-VE 1.5 liter NA empat-silinder petrol yang menghasilkan 106 PS pada 6,000 rpm dan 138 Nm tork pada 4,200 rpm. Berbanding unit 2NR-FE sebelum ini, unit 2NR-VE berkongsi kapasiti enjin yang sama, dengan DOHC dan Dual VVT-i, tetapi janaan output berkurang satu PS dan dua Nm.

Kuasa pula dihantar ke roda depan melalui unit D-CVT oleh Daihatsu yang menggabungkan pacuan tali sawat dengan gear. Gandingan ini memberikan pecutan lebih pantas dan penggunaan minyak 5.2 liter per 100 km. Turut tersedia ialah tiga mod pemanduan, termasuk Normal, Power dan Eco.

Dalam kupasan video ini, kami meneliti dengan lebih dekat dan terperinci setiap aspek yang ditawarkan oleh Vios 2023 ini, terutamanya aspek pemanduan, penggunaan serta peraktikalitinya. Tidak ketinggalan adalah perbandingannya dengan pesaing paling rapat, Honda City, untuk melihat apa kelebihan dan kekurangan setiap satunya.

Selepas menonton, nyatakan pandangan anda pula: adakah Toyota Vios 2023 ini telah membuat penampilan semula dengan memenuhi jangkaan atau sebaliknya?

Toyota Vios G 2023

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required