GWM Cannon Ultra 2023 – 66 unit pertama kini di M’sia, 2.0L turbodiesel 163 PS/400 Nm, RM128k

GWM Cannon Ultra 2023 – 66 unit pertama kini di M’sia, 2.0L turbodiesel 163 PS/400 Nm, RM128k

Great Wall Motor (GWM) Malaysia telah mengumumkan perkembangan terkini mengenai GWM Cannon 2023, dengan mengesahkan 66 unit pertama bagi trak pikap berkenaan kini telah tiba di negara ini. Jumlah unit berkenaan adalah sempena dengan sambutan Kemerdekaan yang ke-66 tanahair kita.

Pertama kali dipertontonkan dalam Malaysia Autoshow pada Mei lalu, ia memfokuskan varian P12 terlebih dahulu, dan keduanya yang digelar P11. Kedua-dua model ini menampilkan badan jenis Double Cab, namun P11 adalah lebih kepada trak komersil manakala P12 pula datang dengan spesifikasi untuk kegunaan persendirian harian.

Ia juga senang untuk dibezakan menerusi gril hadapan (kepingan mendatar krom untuk P12, paten berlian bagi P11), lampu utama dan rekaan roda (18-inci bagi P12, 17-inci untuk P11).

GWM Cannon Ultra 2023 – 66 unit pertama kini di M’sia, 2.0L turbodiesel 163 PS/400 Nm, RM128k

Harga bagi kedua-dua varian masih belum didedahkan, namun ada pengedar mendedahkannya menerusi media sosial dengan menyatakan Cannon P12 Ultra bakal ditawarkan pada pada harga atas jalan tanpa insuran RM127,800. Ia dilindungi waranti selama lima-tahun atau 150,000 km.

Kedua-dua versi Cannon ini dibekalkan unit rangkaian kuasa yang sama iaitu enjin turbodiesel empat silinder 2.0 liter yang mampu menghasilkan sehingga 163 PS (161 hp atau 120 kW) dan tork maksima 400 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan dari ZF bersama sistem pacuan empat roda.

Cannon P12 Ultra ini menerima gril hadapan dengan elemen melintang yang disalut krom bersama lampu hadapan bersama lampu nyalaan siang LED, berbanding P11 yang diberikan gril dengan elemen batu berlian bersama lampu hadapan dengan bentuk sedikit berbeza, tanpa lampu nyalaan siang.

Perincian lain yang turut dibekalkan pada Cannon P12 termasuk differential boleh kunci pada gandar belakang, pelbagai mod pemanduan, lampu utama LED automatik, lampu belakang LED, cermin sisi larasan kuasa, pemijak kaki belakang, upholsteri kulit, tempat duduk larasan kuasa, penukar gear di stereng, panel instrumen digital tujuh inci, skrin sesentuh sembilan inci (dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay), pendingin hawa automatik (dengan corong di belakang) serta sistem tanpa kunci dan butang penghidup enjin.

Untuk sistem keselamatan dan bantuan pemanduan, P12 dilengkapi dengan enam beg udara, kamera 360 darjah, brek parkir elektronik, sistem pengenalan tanda jalan dan ciri pemanduan autonomous Tahap 2 yang merangkumi sistem Adaptive Cruise Control, Lane Departure Warning, Lane Keep Assist, Lane Centring Assist dan Autonomous Emergency Braking (AEB).

GALERI: GWM Cannon P12

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Sell your car, get paid in 24 hours

Renew your car insurance with us, 10% discount!

Use the promo code 'PAULTAN' when you checkout for 10% discount!

Renew Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required