Polis telah mengumumkan sebanyak 22 jalan menghala ke lokasi sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya akan ditutup sementara. Ia adalah bagi kelancaran acara berkenaan pada 31 Ogos ini, laporan Bernama
Menurut Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran dan Belanjawan) Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Asisten Komisioner Rizal Abd Rahman Sidek, penutupan jalan itu akan bermula dari 5 pagi hingga 11 pagi.
“Antara laluan terlibat ialah Persiaran Perdana dari Dataran Putra, Lebuh Wawasan, Lebuh Bestari, Lebuh Saujana menghala ke Persiaran Perdana, Jalan Pembangunan dari arah Jalan Tun Abdul Razak dan Jalan Pemodenan,” katanya.
Tambahnya, bagi memudahkan pergerakan orang ramai, penganjur menyediakan dua bas perantara di Terminal Putrajaya Sentral dan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Beliau turut berkata, untuk senarai penuh jalan yang ditutup, orang ramai boleh melayari Facebook rasmi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.