Perdana Menteri umum peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta untuk naiktaraf jalan Gerik-Jeli

Perdana Menteri umum peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta untuk naiktaraf jalan Gerik-Jeli

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta untuk menaiktaraf Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) yang menghubungkan Gerik di Perak dan Jeli di Kelantan, laporan Bernama.

Peruntukan itu merupakan tambahan kepada penyelenggaraan jalan itu yang dianggarkan kosnya sebanyak RM80 juta sehingga RM100 juta.

Terdapat banyak permintaan untuk peruntukan penyelenggaraan jalan di seluruh negara, dan ia akan dipertimbangkan dalam pembentangan bajet kedua Madani pada Oktober, kata Anwar. “Tetapi hari ini, saya boleh meluluskan tambahan RM30 juta untuk menaik taraf [lebuh raya] ini,” katanya.

Tambahnya, Kerajaan Malaysia telah meluluskan peruntukan tambahan berjumlah RM370 juta untuk penyelenggaraan jalan persekutuan di seluruh negara. Dan jumlah itu adalah untuk penyelenggaraan jalan persekutuan tersebut yang tidak diperuntukkan dalam kontrak dengan syarikat konsesi.

“Sebanyak RM20 juta adalah peruntukan khas untuk jurutera daerah dan RM50 juta untuk pemasangan dan penyelenggaraan lampu di kawasan yang sering berlaku kemalangan,” kata Perdana Menteri. Sebelum ini Kerajaan juga telah meluluskan peruntukan RM250 juta untuk kerja-kerja penyelenggaraan melibatkan kontraktor kecil Bumiputera.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required