Proton S70 – bayangan digital pengganti Proton Perdana berasaskan sedan Geely Preface

Proton S70 – bayangan digital pengganti Proton Perdana berasaskan sedan Geely Preface

Selepas tiga SUV, akhirnya Proton sudahpun mengesahkan bahawa ia akan melancarkan sedan pertamanya yang dihasilkan dengan kerjasama Geely, iaitu model yang diasaskan dari sedan segmen-B Geely Emgrand, dijangka akan digelar sebagai S50 untuk menggantikan tempat Proton Preve yang sudah lama dihentikan jualannya.

Di China, Geely mempunyai sedan yang lebih besar dari Emgrand iaitu Geely Preface, atau dikenali sebagai Xing Rui untuk model produksi sebenar, dijana oleh enjin 2.0 liter turbo. Sedan ini diasaskan dari platform CMA iaitu platform sama seperti Volvo XC40 dan Lynk & Co 03. Walau pun ia sebuah sedan segmen-C, namun saiznya yang hanya 100 mm lebih pendek tetapi 29 mm lebih lebar dari Toyota Camry, agak ‘sajak’ untuk Proton jelmakan Preface ini kepada sedan segmen-D Proton Perdana bukan?

Ini yang dilakukan oleh pakar manipulasi automotif tempatan, Theophilus Chin yang menghasilkan bayangan Proton Perdana generasi baharu yang diasaskan dari Geely Preface. Walau bagaimanapun ini merupakan rekaan kedua sedan Proton berasaskan Geely Preface – ia tidak lagi digelar Perdana dan menggunakan nama S70 yang lebih sesuai dengan nama-nama model Proton buat masa sekarang, dan ia diterapkan dengan elemen-elemen rekaan terkini Proton.

Proton S70 – bayangan digital pengganti Proton Perdana berasaskan sedan Geely Preface

Gubahan Theo ini bermula dari bahagian belakang di mana tulisan ‘GEELY’ pada bahagian tengah penutup but belakang ditukar kepada tulisan ‘PROTON’ yang diambil dari pintu tailgate Proton X90. Kemudian emblem dengan tulisan cina pada sebelah kiri dipadam, dan emblem ‘Preface’ pada sebelah kanan diganti dengan emblem ‘S70’.

Apa yang menarik rekaan bampar asal Preface sudahpun disertkan reflektor merah yang diletak secara melintang, seolah-olah ada kaitan dengan rekaan bampar belakang Proton Perdana V6 generasi pertama dan juga ‘Accordana’ generasi ketiga.

Kemudian beralih ke bahagian hadapan, Theo menggantikan gril dengan elemen jailbar Geely kepada gril pin krom juga dari Proton X90, iaitu rekaan yang diinspirasikan dari tenunan kain songket. Theo turut membawa sekali kemasan bawah gril berwarna perak, iaitu rekaan yang diinspirasikan dari busur panah tradisional melayu.

Proton S70 – bayangan digital pengganti Proton Perdana berasaskan sedan Geely Preface

Tiada perubahan besar dibuat pada profil sisi, di mana Theo hanya menggantikan penutup rim Geely kepada Proton. Manakala pada sebelah dalam, selain dari kedudukan pemandu ditukar,Theo turut memadankan roda stereng yang seiras dengan roda stereng X90, paparan instrumen dan infotainmen yang seiras Proton X50.

Kacak betul Preface ini kalau dijelmakan sebagai Proton S70 kan? Namun agak sukar sebenarnya untuk kita lihat ia menjadi kenyataan. Ini kerana pasaran sedan segmen-D di Malaysia kini benar-benar sedang menguncup kerana pembeli lazim segmen ini sudah beralih ke SUV atau ke sedan aras permulaan jenama dari Eropah.

Lihat sahaja jumlah jualan Toyota Camry yang sudah tidak lagi semeriah dahulu, manakala Honda Malaysia pula sudah mengesahkan bahawa ia tidak lagi akan membawa model generasi seterusnya untuk Accord.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • Jeritan batinku on Aug 29, 2023 at 12:33 pm

    Kami nak enjin 1.5 turbo macam honda accord stapler… 2.0 roadtax akan jadi mahal…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Say no to profiteering on Aug 30, 2023 at 2:05 pm

    You pay a portion to gov tax, you pay a big chunk to chinese manufacturer geely, you pay another big chunk to proton. Imagine you pay to chinese geely alone, and you will save money a lot.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required