Sebagai menghargai pelanggan yang telah membeli model-model kereta yang pelbagai ketika kempen Jualan Merdeka 2023 yang lalu, G-Mart Group mengadakan satu majlis cabutan bertuah sebagai tanda penghargaan kepada semua pelanggan mereka Sabtu lalu, bertempat di G-Mart EV Centre di Bandar Baru Bangi.
Kempen Jualan Merdeka berkenaan telah berlangsung dari 7 Julai hingga 7 September 2023 dan menyaksikan lebih daripada 300 unit kenderaan telah terjual oleh bahagian kereta terpakai dan recon G-Mart. Daripada jumlah tersebut, seramai 80 pelanggan mendaftar untuk ikut serta dalam cabutan bertuah berkenaan, dan hanya 45 daripada mereka dipilih dalam senarai akhir untuk cabutan tersebut.
Hadiah yang ditawarkan juga menarik, terdiri daripada peranti seperti dash cam, telefon pintar Samsung A34, dan dua buah kenderaan — sebuah motosikal Yamaha Ego Avantis, serta hadiah utama berupa sebuah Perdua Axia.
Mohd. Nurhisham bin Hassan dari Kajang terpilih sebagai pemenang bagi motosikal Yamaha Ego Avantis, sementara Channumathy Manogaran dari Klang menjadi pelanggan paling bertuah kerana berhasil membawa pulang hadiah utama Perodua Axia yang tawarkan tersebut.
Cabutan bertuah berkenaan antaranya disempurnakan oleh Datin Hashyimah Sarnin selaku Pengarah Eksekutif G-Mart Group bersama yang menyertai Pengerusi G-Mart Group, Dato’ Wahid Lasiman.


Perodua Axia
dari RM38,600
Perodua Traz
dari RM76,100
Perodua QV-E
dari RM80,000
Perodua Alza
dari RM62,500
Perodua Myvi
dari RM46,500
Perodua Ativa
dari RM62,500
Perodua Bezza
dari RM34,580
Perodua Aruz
dari RM72,900