Jangan pamer lambang darjah kebesaran, pingat Pahang pada kenderaan – titah Yang di-Pertuan Agong

Jangan pamer lambang darjah kebesaran, pingat Pahang pada kenderaan – titah Yang di-Pertuan Agong

Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menitahkan larangan mana-mana individu mempamer darjah kebesaran dan pingat kurniaan negeri Pahang pada kenderaan.

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata penerima Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang diberi peringatan untuk tidak mempamer atau melekatkan lambang darjah kebesaran atau pingat negeri pada kenderaan mereka.

Tambah beliau, peringatan itu dibuat bagi menjunjung titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang kini bersemayam di Istana Negara.

Susulan perkara ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain telah mengeluarkan amaran bahawa mana-mana individu yang masih berdegil dan ingkar dengan mempamerkan lambang terbabit boleh dikenakan tindakan undang-undang, laporan Bernama.

Razarudin berkata, “Tindakan mempamer atau melekat lambang darjah kebesaran oleh penerima darjah negeri adalah kesalahan yang boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 3(1)(D) Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah Pahang 2017.

“Enakmen memperuntukkan tiada seorang pun boleh (mempamer darjah) kecuali dengan kebenaran bertulis daripada baginda untuk mempamer atau melekat apa saja lambang, gelaran, anugerah atau replika mengenainya pada kenderaan,” katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required