LPT1 laksana laluan kontra di KM123.55-KM124.48 arah Kuantan mulai 16 Okt 2023 hingga 7 Mac 2024

LPT1 laksana laluan kontra di KM123.55-KM124.48 arah Kuantan mulai 16 Okt 2023 hingga 7 Mac 2024

Pengendali Lebuhraya Pantai Timur (LPT1), Anih Berhad, telah mengumumkan laluan kontra bakal dilaksanakan di lebuhraya terbabit, dari KM123.55 hingga KM124.48 arah timur menuju ke Kuantan, iaitu dari Lanchang hingga Temerloh.

Dua lorong akan ditutup di lokasi berkenaan, bagi kerja-kerja tambatan banjir, dan untuk itu, laluan kontra akan dibuka di dua lorong laluan bertentangan, iaitu melibatkan arah barat menuju ke KL. Rujuk peta laluan di atas untuk gambaran yang lebih jelas.

Menurut Anih, pengaktifan laluan kontra ini akan dilaksanakan pada tempoh waktu yang agak panjang, iaitu bermula esok (16 Oktober 2023) hingga 7 Mac 2024. Untuk yang melalui lokasi berkenaan, sila lebih berhati-hati ketika memandu dan patuhi papan tanda dan arahan petugas.

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required