Wajarkah bengkel kenakan kos upah berganda sekiranya pelanggan bawa alat ganti sendiri?

Wajarkah bengkel kenakan kos upah berganda sekiranya pelanggan bawa alat ganti sendiri?

Baru-baru ini tular satu notis yang ditampal pada sebuah bengkel yang menyatakan pelanggan yang datang membawa komponen alat ganti sendiri akan dikenakan caj upah pemasangan sekali ganda lebih mahal dari caj upah biasa yang dikenakan.

Pelbagai pendapat dari warga net berkenaan perkara ini – ada yang bersetuju dan ada yang tidak. Gambar notis imej yang sama turut dikongsikan di FB Group paultan.org Automotive/Car Discussion Group oleh akaun bernama Azri Izmi, dan dia sudahpun mendapatkan penjelasan dari pemilik bengkel mengapa notis itu dikeluarkan.

“Dia menerangkan bahawa sebahagian pelanggan membawa alat ganti sendiri dan mereka fikir mereka dapat menjimatkan kos, tetapi kebanyakkannya (7 dari 10 pelanggan) membawa alat ganti berkualiti rendah atau alat ganti yang tidak dapat dipadankan pada kenderaan mereka dan apabila mereka kembali semula tak lama selepas itu, mereka akan menyalahkan bengkel kerana servis atau pengurusan yang ‘lemah’,” kata Azri dalam hantaran tersebut.

Azri turut menyatakan bahawa dia faham apa yang dialami oleh pemilik bengkel tersebut kerana dia juga mempunyai perniagaannya sendiri, serta menambah bengkel tersebut terkenal di tempatnya kerana menawarkan pembaikan dan servis yang baik dengan harga berpatutan.

Wajarkah bengkel kenakan kos upah berganda sekiranya pelanggan bawa alat ganti sendiri?

Sejak adanya platform jualan atas talian, pembeli sekarang lebih mudah untuk membandingkan harga satu-satu alat ganti yang dijual dengan apa yang ditawarkan oleh pihak bengkel sendiri. Namun ada pelbagai risiko sekiranya anda membeli alat ganti di platform-platform sebegini, antaranya kemungkinan terbeli alat ganti tiruan berkualiti rendah, komponen yang mempunyai kecatatan dari kilang atau terbeli komponen dengan spesifikasi yang tidak sama dengan spesifikasi alat ganti asal kereta anda.

Risiko-risiko ini bukan hanya menyusahkan anda sendiri, malah turut akan melibatkan bengkel kerana perlu membuat kerja berulang kali dan juga akan melibatkan masa sekiranya komponen yang tidak boleh digunakan tersebut perlu ditukar menyebabkan kereta anda ‘tersangkut’ dipremis mereka.

Apa pun, semua perkara boleh dibawa berbincang. Jadi sebelum membuat apa-apa kerja pembaikan, berbincanglah dengan bengkel sama ada boleh atau tidak anda membawa komponen alat ganti sendiri dan berapa kadar upah yang akan dikenakan. Sekiranya tiada persetujuan dicapai, cuba cari bengkel lain yang anda rasa berbaloi dengan apa yang anda inginkan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • BroCuba on Oct 20, 2023 at 10:42 am

    Mcm mn org x beli kt online, sbb harga kt kedai dgn online jauh sgt berbeza. Boleh je dptkan barang dari authorized seller, barang ori. Kita pun tahu knp diorg nk pakai alat ganti dari kedai sendiri, baru la boleh dpt untung berganda-ganda. Markup harga barang, lepas tu upah pasang lagi…
    Hujah2 dalam ni semua nk bagi sedap dengar je…

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 1
    • Kete baru&lama on Oct 20, 2023 at 11:31 am

      Yep. Tu belum masuk kes, kedai claim dah tukar brg ori @ brg Baru.

      Lepas tu kantoi brg 2nd hand/low Quality. Lagi best ada kes yg pomen xtukar part lgsg.

      Best seat in Hell for them

      Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required