PACE 2023: Volvo C40 dengan penjimatan RM16,000, model PHEV datang dengan pakej VSA5+ percuma

PACE 2023: Volvo C40 dengan penjimatan RM16,000, model PHEV datang dengan pakej VSA5+ percuma

Banyak tawaran menarik yang diberikan kepada pelanggan yang hadir ke PACE 2023 yang sedang berlangsung di SCCC, Setia Alam pada hujung minggu 4-5 November 2023. Antara yang menanti ialah tawaran istimewa bagi beberapa model Volvo.

SUV elektrik sepenuhnya Volvo C40 Recharge Pure Electric antara model yang dimaksudkan. Hadir dengan tetapan dua motor yang menghasilkan 408 PS (402 hp atau 300 kW) dan 660 Nm of tork, ia mampu mencapai pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 4.7 saat. Rekaannya juga tidak kalah menarik, dengan profil aerodinamik dan garis bumbung yang rendah sangat menarik perhatian.

Di dalam, sistem infotainmennya menggunakan perisian Android Automotive OS dengan servis Google sedia ada. Sistem bunyi pula menggunakan Harman Kardon 600-watt dengan 14-pembesar suara. Ruang dalam ini juga menampil rekaan model yang cukup menarik.

Jika membuat tempahan untuk model ini di PACE 2023, anda akan menikmati penjimatan sebanyak RM16,000 jika menggunakan pembiayaan Volvo Car Financial Services. Anda juga akan ditawarkan dengan kadar faedah fleksibel sekiranya membayar ansuran bulanan tepat pada masanya, dan tiada denda dikenakan untuk penyelesaian awal.

PACE 2023: Volvo C40 dengan penjimatan RM16,000, model PHEV datang dengan pakej VSA5+ percuma

Selain C40, ada juga model PHEV turut dipamerkan, diwakili oleh model seperti XC90, XC60, S90 dan S60 dan juga V60. Ini merupakan model yang menarik untuk mereka yang ingin mencuba sebelum beralih sepenuhnya kepada EV. Ia ada kelebihan dari sudut pengendalian elektrik sepenuhnya untuk kegunaan harian, dan sekiranya memerlukan lebih jarak, maka enjin petrol akan ada untuk membantu.

Tempah mana-mana model PHEV Volvo di PACE 2023, anda akan menerima pakej Volvo Service Agreement 5 Plus (VSA 5+) bernilai RM12,900 secara percuma, melibatkan lima kali servis yang akan dikendalikan oleh tenaga mahir menggunakan alat ganti tulen.

Sebagai tambahan, ada juga naik taraf perisian Polestar Performance Optimisation percuma bernilai RM3,888 yang akan memberikan tenaga lebih untuk kenderaan anda, serta rebat segera bernilai RM7,000. Turut dipamerkan ialah model tahun 2024, yang menampilkan warna baru Vapour Grey dan rekaan rim baru.

PACE 2023: Volvo C40 dengan penjimatan RM16,000, model PHEV datang dengan pakej VSA5+ percuma

Selain itu, jika menempah mana-mana model kereta menerusi acara PACE 2023 ini, pengunjung berpeluang mendapat ganjaran menarik termasuklah baucar bernilai RM2,500 dari rakan kerjasama kami. Ini termasuklah baucar filem cermin gelap bernilai RM500 (V-Kool), baucar RM500 untuk alas kereta dari Dodomat, baucar RM500 dari Blueair, baucar RM500 untuk tempat duduk keselamatan kanak-kanak (Recaro Kids) dan baucar RM500 untuk tempat duduk kulit kustom (DK Schweizer).

Rakan penaja utama PACE 2023, Petronas dan penaja bersama myTukar turut menyediakan booth masing-masing. Malahan myTukar juga mempamerkan pelbagai barisan kenderaan terpakai untuk dijual dan menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required