MET M’sia umum musim tengkujuh dijangka 11 Nov 2023-Mac 2024 – jangan lupa insurans bencana alam

MET M’sia umum musim tengkujuh dijangka 11 Nov 2023-Mac 2024 – jangan lupa insurans bencana alam

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah memaklumkan Monsun Timur Laut (MTL) 2023/2024 atau musim tengkujuh di Malaysia dijangka bermula pada 11 November 2023 dan berterusan sehingga Mac 2024. Menurut MET Malaysia, dalam tempoh tersebut empat hingga enam episod hujan lebat dijangka berlaku, sekaligus kebarangkalian boleh menyebabkan bencana banjir.

“Hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan berkedudukan rendah dan kawasan kerap banjir. Sekiranya hujan lebat berterusan berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan luruan ribut, risiko kejadian banjir boleh menjadi lebih ekstrem,” kata Ketua Pengarah MET Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah

Baru-baru ini, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) juga telah mengenal pasti kira-kira 6,000 ‘hotspot’ banjir di seluruh negara sepanjang MTL ini. Waima di bandar besar di Lembah Klang seperti di Kuala Lumpur dan Shah Alam juga sering kali dilanda banjir. Begitu dengan kawasan lain termasuk baru-baru ini banjir melanda Sepang, Cyberjaya, Cheras, Bangi dan banyak lagi termasuk di Pahang, Kedah, Perak dan Sarawak.

Justeru, bagi pemilik kenderaan, jangan lupa untuk mendapatkan insurans kerosakan akibat banjir atau bencana alam (special perils) untuk kenderaan anda. Dengan adanya insurans bencana alam ini, jika kenderaan kita rosak akibat banjir atau bencana alam lain (termasuk pokok tumbang dan sebagainya), tidaklah kita begitu ‘sengsara’ menanggung kos baikpulih kenderaan kita. Ini kerana, tanpa perlindungan insurans sebegini, kos baikpulih kenderaan yang rosak akibat bencana alam adalah besar dan memang membebankan.

Beberapa tahun lalu, kami telah kumpulkan bayaran insurans bencana alam ini, daripada beberapa penyedia insurans utama Malaysia, termasuk AIA, AIG, Allianz, AXA, Etiqa, Kurnia, MPI Generali, MSIG, RHB, Takaful dan Tokio Marine. Kadarnya adalah antara 0.15% hingga 0.5% daripada jumlah keseluruhan perlindungan kenderaan anda. Mungkin tahun ini ada perubahan yang dilakukan oleh syarikat insurans, sila rujuk mereka untuk mendapatkan sebut harga yang sahih.

Ini kami berikan contoh berdasarkan rujukan lalu, jika jumlah yang diinsurankan untuk kereta anda adalah RM25,000, anda hanya perlu membayar serendah RM50 untuk perlindungan tambahan special perils ini untuk insuran seperti Allianz, AXA, MSIG dan Tokio Marine. Untuk insuran yang mengenakan kadar lebih tinggi seperti AIA, AIG, Etiqa, Kurnia, RHB dan Takaful, jumlah bayaran tambahan untuk kereta yang diinsurankan sebanyak RM25,000 tersebut adalah antara RM63 sehingga RM125.

Apa pun, sekiranya berlaku hujan lebat dan anda parkir kenderaan di kawasan yang berisiko banjir, sila alihkan kenderaan anda ke tempat yang lebih selamat. Atau sekiranya anda tidak pasti adakah lokasi terbabit selamat mahu pun tidak, sila bertambah peka dan jenguk selalu keadaan sekeliling. Jika air banjir sudah mula memasuki kawasan terbabit, bertindaklah dengan segera.

Kini di pusat membeli-belah juga akan melakukan pengumuman atau pun membunyikan siren amaran sekiranya terdapat ‘sesuatu perkara penting terjadi’. Contohnya yang berlaku di Subang Parade, Subang Jaya, pada hujung minggu lalu, air banjir memasuki pusat membeli-belah terbabit termasuk di kawasan parkir bawah tanah.

Sekiranya anda sedang memandu dan laluan terbabit dinaiki air, jangan nak main redah saja. Kita tikak tahu bahaya apa yang menanti di hadapan. Pastikan laluan terbabit selamat untuk dilalui, atau gunakan laluan alternatif jika masih berkesempatan. Jangan mengambil risiko meredah laluan tersebut, bimbang kenderaan anda terperangkap di tengah-tengah banjir dan kemungkinan besar tidak dapat bergerak langsung. Bukan setakat kenderaan anda mungkin mengalami kerosakan, bahkan keselamatan anda dan penumpang juga berada dalam bahaya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required