Proton Perdana S90 lakaran digital Saharudin Design

Proton Perdana S90 lakaran digital Saharudin Design

Kini kita tahu yang Proton S70 yang sudah pun mula ditunjukkan kepada umum adalah pengganti kepada model Proton Preve sebelumnya. Dan lanjutan daripada itu, Saharudin Design bermain-main pula dengan rekaan Proton Perdana yang akan datang, seperti apa yang dapat dilihat di sini.

Ia adalah sebuah lakaran digital yang dihasilkan untuk pembelajaran dalam bengkel bersama dengan siswa rekaan industri di UiTM. Proton Perdana yang “dicadangkan” oleh rekaan ini tentulah jauh lebih drastik imejnya berbanding apa yang ada sebelum ini. Bahkan, ia mungkin tidak ada kaitan sama sekali: rekaan model yang dipanggil Perdana S90 ini lebih mirip menerapkan rekaan kereta sport — lebih Lotus berbanding Proton.

Bahagian depan dihiasi dengan wajah yang tirus, dengan jalur lampu LED panjang termasuk merentasi bahagian gril. Rekaan bukaan udara yang ada, serta garis bamparnya menunjukkan imej garang. Bahagian atas bonet pula ada ruang udara yang kontras daripada warna badan.

Proton Perdana S90 lakaran digital Saharudin Design

Perdana S90 ini juga nampak lebar, dengan bahagian lengkuk tayar yang sangat ketara dan besar, terkeluar daripada garis badan kereta ini. Dari sisi, nampak rekaan coupe dua pintu dengan cermin bahagian belakang yang terhad, serta bumbung hitam. Rekaan rim mungkin yang paling menarik: nampak seperti bunga lima kelopak dengan bilah-bilah yang tajam.

Di belakang, jalur lampu panjang yang sama dikekalkan, ada persamaan yang jelas dengan bahagian depan. Nama Proton juga besar dan jelas diletakkan di bawah jalur berkenaan. Bampar pula agak sibuk dengan garis-garis yang jelas, serta bahagian apron bawahnya dihiasi kemasan krom untuk kelebaran penuh. Tak lupa, muncung ekzos juga diperincikan dengan krom.

Melihat rekaan ini, adakah mungkin Proton Perdana mengambil jalan rekaan yang hampir seperti Perdana S90 yang ditampilkan ini? Ada kemungkinan?

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required