Proton S70 GT – bayangan versi prestasi sedan segmen-C dengan enjin 1.5L T-GDI, suspensi multilink

Proton S70 GT – bayangan versi prestasi sedan segmen-C dengan enjin 1.5L T-GDI, suspensi multilink

Proton bermula dengan menghasilkan sedan pada tahun 1985, muncul dengan Saga generasi pertama. Selain popular sebagai pengangkutan harian seisi keluarga, Saga juga merupakan model yang mula-mula membentuk imej sukan permotoran Proton dari Litar Shah Alam dan Pasir Gudang, sehingga ke SS Rali di ladang-ladang sawit dan getah.

Imej berkenaan kemudian diperkukuhkan dengan model generasi seterusnya iaitu Proton Wira. Selain mengembara ke seluruh dunia bagi menyertai pelbagai rali peringkat antarabangsa dengan Proton Wira Turbo 4WD yang dihomolagasikan sebagai salah satu varian Mitsubishi Lancer Evolution, Proton turut telah menghasilkan model prestasi pertamanya iaitu Proton Wira 1.8 EXi DOHC Limited, ditawarkan hanya 2,500 unit sebagai jentera rali produksi jalan raya lengkap dengan homologasi dari FIA.

Namun legasi sedan yang sporty dan seronok dipandu dari Proton seakan berkubur selepas jualan Preve dihentikan sekitar hujung 2018. Selepas Proton menjalinkan kerjasama dengan Geely, jenama automotif nasional berkenaan dilihat hanya serius untuk menjual model-model SUV yang sememangnya mendapat permintaan tinggi dalam pasaran buat masa sekarang.

Tetapi selepas tiga SUV Proton-Geely dilancarkan, kini sudah tiba masa Proton kembali kepada susur galurnya – sedan segmen-C Proton S70 telahpun didedahkan hampir sepenuhnya, dan harganya sahaja masih perlu ditunggu sehingga ia dilancarkan secara rasmi 28 November ini.

Proton S70 GT – bayangan versi prestasi sedan segmen-C dengan enjin 1.5L T-GDI, suspensi multilink

S70 mungkin sedan yang hampir sempurna dihasilkan Proton buat masa sekarang – ia dibekalkan dengan enjin 1.5L Turbo menghasilkan 150 PS/226 Nm yang dipadankan jauh lebih berkuasa dari unit 1.6L CFE Turbo pada Preve sebelum ini, dan tiada lagi kotak gear CVT yang ‘menyakitkan hati’ dengan digantikan dengan transmisi klac berkembar automatik tujuh kelajuan yang jauh lebih responsif.

Malah platform B-segment Modular Achitecture (BMA) yang merupakan platform global Geely dibina bersama Volvo pada S70 ini telah dipertingkat oleh Proton dengan menyuntik DNA “Ride & Handling” yang dipelajari dari Lotus satu ketika dahulu.

Jadi dengan pengenalan S70 ini, pasti ramai yang membayangkan potensinya untuk diubah dengan lebih unsur prestasi bukan? Ini dia versi dari pakar manipulasi automotif tempatan, Theophilus Chin dengan rekaan yang digelar sebagai Proton S70 GT!

Langkah pertama yang Theo buat bagi menghasilkan S70 GT ini adalah merendahkan badannya serta memadankan set overfender pada keempat-empat ruang roda bagi memberikan rupa lebih lebar pada sedan ini. Ia kemudiannya disertakan dengan skirt sisi yang sepadan dengan overfender berkenaan, manakala rim asal 17-inci S70 digantikan dengan rim aloi 19-inci pelbagai jejari yang diambil dari Lynk & Co 03.

Pada bahagian muka, Theo memandankan bampar yang diambil dari Geely Emgrand GS yang memberikan liang udara sisi lebih besar bagi menghasilkan apron yang lebih agresif, bersama gril hadapan yang digelapkan sepenuhnya. Manakala di belakang, bamparnya diberikan panel kemasan diffuser yang lebih besar bersama sepasang reflektor merah melintang serta perumah tip ekzos, dan juga spoiler but yang diambil dari sedan Lynk & Co 03 facelift.

Theo menyatakan imaginasinya membayangkan S70 GT ini dijana oleh enjin yang lebih berkuasa sama ada unit 1.5 liter T-GDI berkuasa 177 PS/255 Nm dari Proton X50 Flagship, ataupun versi yang turut menerima sistem hibrid ringkas yang memberikan tambahan kuasa dan tujahan tork segera 13 hp/45 Nm seperti pada Proton X90.

Proton S70 GT ini juga dibayangkan menerima sistem suspensi jenis multilink di belakang berbanding hanya Torsion Beam pada S70 standard, serta datang dengan sistem brek lebih besar.

Sekiranya Proton benar-benar menghasilkan model prestasi seperti dan dijual dalam julat harga seperti Honda Civic FE iaitu sekitar RM140k, adakah anda rasa ia boleh dijual dengan laris oleh Proton?

GALERI: Proton S70 Flagship dan Flagship X 2023

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required