Tambang percuma untuk OKU yang guna perkhidmatan rel, bas di Lembah Klang mulai 1 Feb

Tambang percuma untuk OKU yang guna perkhidmatan rel, bas di Lembah Klang mulai 1 Feb

Kementerian Pengangkutan (MoT) telah mengumumkan bahawa golongan Orang kurang upaya (OKU) yang menggunakan perkhidmatan rel dan bas kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) di Lembah Klang bakal menikmati tambang percuma bermula pada 1 Februari 2024.

Menurut menterinya, Anthony Loke, mulai tarikh tersebut, semua pemegang kad OKU boleh menggunakan kemudahan transit aliran ringan (LRT), transit aliran massa (MRT), monorel dan bas di seluruh Lembah Klang secara percuma, laporan Harian Metro.

“Ini satu inisiatif yang penting walaupun ada implikasi kewangan kepada Prasarana kerana hasilnya (akan) berkurangan. Tetapi saya meminta supaya Pengerusi Prasarana untuk yakinkan Ahli Lembaga Pengarah bahawa ini satu CSR (tanggungjawab sosial korporat) penting yang perlu ditunjukkan oleh Prasana selari dengan hasrat dan prinsip Madani diperkenalkan oleh kerajaan iaitu prinsip ihsan kepada golongan OKU,” katanya.

Tambang percuma untuk OKU yang guna perkhidmatan rel, bas di Lembah Klang mulai 1 Feb

Tambah beliau, dari segi pelaksanaannya seperti mekanisme pemohon kad konsesi itu akan diumumkan oleh Prasarana dalam masa terdekat.

“Satu kad konsesi khas akan diberikan kepada golongan OKU ini selepas mereka pohon dengan kaunter Rapid di stesen kita. Maka mereka boleh menikmati tambang percuma itu. Cuma mereka perlu buktikan bahawa mereka adalah golongan OKU dengan kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)” katanya.

Walau bagaimana pun, katanya lagi, mekanisme pelaksanaan tambang percuma kepada warga OKU seperti kelayakan dan syarat akan diumumkan dalam masa terdekat,

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Sell your car, get paid in 24 hours

Renew your car insurance with us, 10% discount!

Use the promo code 'PAULTAN' when you checkout for 10% discount!

Renew Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required