Jualan EV di Malaysia – 13,257 unit terjual pada tahun 2023, jumlah keseluruhan 16,763 unit, 2,020 pengecas

Jualan EV di Malaysia – 13,257 unit terjual pada tahun 2023, jumlah keseluruhan 16,763 unit, 2,020 pengecas

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Zero Emissions Vehicle Association (ZEVA), Malaysia mencatat jualan kenderaan elektrik berjumlah 13,257 unit pada tahun 2023, menjadikan keseluruhannya tedapat 16,763 unit kenderaan elektrik di atas jalan raya Malaysia.

Sementara itu untuk pengecas kenderaan elektrik pula, sehingga akhir tahun 2023, dikatakan terdapat 2,020 unit pengecas, dan ini menjadikan nisbah pengecas kepada kenderaan elektrik menjadi 1:8 – satu pengecas bagi setiap lapan kenderaan elektrik.

ZEVA menyatakan lagi, trend jumlah kenderaan elektrik ini menunjukkan bahawa lebih banyak unit dijangka akan dijual pada tahun ini di negara kita, dan ia mungkin boleh mencecah sehingga 19,000 ke 20,000 tahun ini. Disebabkan itu, lebih banyak pengecas diperlukan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh ZEVA juga tertulis persatuan itu mengalu-alukan pendekatan mengecas yang lebih bijak oleh pengguna EV, di mana ia perlu dilakukan di luar waktu puncak supaya tidak membebankan grid kuasa negara. ZEVA juga menggesa Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan PLUS Malaysia untuk menambah jumlah pengecas di lebuh raya.

Jualan EV di Malaysia – 13,257 unit terjual pada tahun 2023, jumlah keseluruhan 16,763 unit, 2,020 pengecas

Januari lalu Persatuan Automotif Malaysia (MAA) juga ada mengeluarkan kenyataan berkenaan jualan kenderaan elektrik, di mana jumlah yang dikumpul adalah 10,159 unit bagi tahun 2023 di Malaysia, bersamaan peningkatan sebanyak 286% berbanding jumlah pada tahun 2022.

Persatuan itu memberitahu, data yang diterima adalah daripada ahli persatuannya sahaja, dan untuk pengetahuan, ini tidak termasuk Tesla. Perbezaan jumlah yang dicatat antara ZEVA dan MAA ini mungkin adalah disebabkan oleh jualan daripada pengeluar Amerika Syarikat tersebut.

Berkenaan pengecas EV di Malaysia, data MAA menunjukkan sehingga Oktober 2023, terdapat 1,434 pengecas EV, dengan 1,117 adalah pengecas AC dan 317 adalah pengecas pantas DC. Persatuan itu turut menyatakan bahawa sasaran Malaysia untuk melengkapkan 10,000 pengecas EV menjelang 2025 akan terdiri daripada 9,000 pengecas AC dan 1,000 pengecas DC.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required