Stellantis Malaysia buka pusat panggilan untuk pemilik Peugeot, DS dan Citroen — bantuan tepi jalan 24 jam

Stellantis Malaysia buka pusat panggilan untuk pemilik Peugeot, DS dan Citroen — bantuan tepi jalan 24 jam

Stellantis Malaysia kini mengambil alih jenama Peugeot, DS dan Citroen di Malaysia, dan telah membuka sebuah pusat panggilan untuk pelanggan kenderaann dari semua jenama berkenaan, dan mula beroperasi hari ini (1 Mac 2024). Ini juga bermaksud, Bermaz Auto Alliance kini bukan lagi pengendali bagi jenama Peugeot untuk pasaran tempatan.

“Langkah ini adalah sebahagian daripada peralihan Stellantis untuk menubuhkan Stellantis Malaysia sebagai sebuah entiti yang menguruskan pengedaran jualan dan pengalaman pemilikan pelanggan bagi jenama terlibat. Ini juga mencerminkan kesungguhan kami untuk memberikan khidmat terbaik kepada pelanggan dan pemilik sedia ada,” jelas satu kenyataan yang dikeluarkan syarikat itu.

Pusat panggilan bagi Peugeot, DS dan Citroen akan memberikan sokongan pelanggan berpusat untuk jualan dan juga lepas jualan berkaitan sebarang pertanyaan atau bantuan yang diperlukan, begitu juga dengan sebarang aduan, jika ada. Talian bebas tol berkenaan adalah melalui nombor 1800-18-STLA (7852), manakala alamat emel untuk dihubungi pula ialah [email protected].

Waktu operasi bagi pusat panggilan ini ialah dari Isnin hingga Ahad, 8:45 pagi hingga 5:45 petang. Stellantis Malaysia juga akan menyediakan sokongan 24 jam bagi kes kerosakan dan kemalangan bagi memastikan bantuan berterusan diberikan kepada pelanggan yang memerlukan.

November tahun lalu, Stellantis mengumumkan yang syarikat itu akan mengambil alih jualan dan pengedaran kenderaan Peugeot di Malaysia daripada Bermaz. Stellantis akan menubuhkan syarikat jualan kebangsaan (NSC) di Malaysia pada suku pertama tahun ini, dan NSC berkenaan akan menjadi entiti rasmi Stellantis untuk menguruskan jualan dan pengedaran kenderaan jenama di bawahnya di Malaysia.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required