Tiada lagi jenama myTukar, kini dikenali sebagai Carro

Tiada lagi jenama myTukar, kini dikenali sebagai Carro

myTukar Powered by Carro yang ditubuhkan sejak 2017 kini dijenamakan semula dan hanya dikenali sebagai Carro selepas ini. Merupakan sebuah ekosistem dan platform kenderaan terpakai yang menyediakan perkhidmatan jual-beli, insurans, pembiayaan dan lepas jualan, penjenamaan kepada Carro adalah selari dengan visi global syarikat berkenaan.

Ia juga merupakan sebuah langkah yang bakal membawa lebih banyak teknologi canggih, produk dan perkhidmatan Carro kepada pelanggan di Malaysia. Perkembangan ini menyaksikan jenama Carro akan digunakan untuk keseluruhan rangkaian produk dan perkhidmatan myTukar — termasuklah untuk bahan pemasaran, papan iklannya di seluruh negara. Semua aktiviti ini akan dilaksanakan dalam tempoh beberapa bulan.

“Usaha menyelaraskan semula myTukar menandakan satu kejayaan besar dalam penyepaduan jenama kami dan diseragamkan selari dengan pelan hala tuju kami,” ujar Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Carro, Aaron Tan. “Kami mencapai keuntungan sebagai sebuah syarikat dan bersedia untuk IPO untuk menyenaraikan syarikat kami sebaik sahaja berpeluang melakukannya,” tambahnya.

Tiada lagi jenama myTukar, kini dikenali sebagai Carro

Carro merupakan sebuah platform kenderaan terpakai dalam talian yang terbesar dan paling menguntungkan di Asia Tenggara dan kini beroperasi di Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Jepun dan Taiwan. Syarikat ini juga berada dalam landasan yang betul untuk mencapai EBITDA bagi tahun kewangan 2024 terbaik setakat ini dengan hampir AS$40 juta, lebih 10 kali ganda daripada apa yang dicapai secara keseluruhan bagi tahun kewangan 2023.

myTukar sebelum ini telah memulakan fasa pertama penjenamaan semula pada Jun 2022 dengan menukar penampilan korporatnya — beralih daripada warna biru-hijau dan kelabu kepada warna utama Carro iaitu jingga, untuk bahan pemasaran dan papan iklan. Tidak ketinggalan, laman web rasmi Carro juga kini tampil dengan penjenamaan baru.

“Saya sentiasa mempunyai impian dan ingin mengubah industri kereta terpakai dengan menitik-beratkan proses yang telus serta jujur demi manfaat pelanggan,” ujar Pengasas myTukar dan Ketua Pegawai Eksekutif Pasaran Antarabangsa Carro, Fong Hon Sum.

Tiada lagi jenama myTukar, kini dikenali sebagai Carro

Di Malaysia, Carro kini terdiri daripada 11 pusat jualan, 27 pusat pemeriksaan, lima bengkel dan dua pusat baik pulih kenderaan. Segmen jualannya juga merekodkan prestasi terbaik pada Januari 2024, dengan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 55% dan turut mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 40% bagi suku sebelumnya.

“Sebagai sebahagian daripada jenama global, fokus utama kami adalah untuk memacu pertumbuhan yang mampan untuk Kumpulan, dan terus menyediakan pilihan kereta terpakai berkualiti sebaik kenderaan baru kepada pelanggan di Malaysia,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Carro Malaysia, Derrick Eng.

Bersekali dengan perkembangan terbaru ini, Carro turut melantik seorang pempengaruh media sosial sebagai duta jenamanya yang pertama — Phei Yong.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required