Syarikat konsesi lebuhraya diminta selesaikan kerja selenggara jalan seminggu sebelum Aidilfitri – KKR

Syarikat konsesi lebuhraya diminta selesaikan kerja selenggara jalan seminggu sebelum Aidilfitri – KKR

Semua syarikat konsesi lebuhraya diminta untuk menyelesaikan semua kerja penyelenggaraan dan membaik pulih jalan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum Aidilfitri.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), perbincangan dengan semua syarikat konsesi lebuhraya dan jalan persekutuan telah diadakan bagi meminta mereka untuk menyelesaikan semua kerja penyelenggaraan dan membaik pulih jalan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum Aidilfitri, laporan Sinar Harian.

Katanya, bagi projek penyelenggaraan yang teknikal dan sukar disiapkan dalam tempoh ditetapkan, kementerian turut mengarahkan semua syarikat konsesi untuk menyelesaikannya dalam tempoh seminggu sebelum cuti perayaan. Di mana langkah ini penting kerana kementerian mahu menjamin keselesaan pengguna jalan raya dalam merancang perjalanan pulang ke destinasi dituju sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Syarikat konsesi lebuhraya diminta selesaikan kerja selenggara jalan seminggu sebelum Aidilfitri – KKR

“Bagi projek-projek penyelenggaraan atau pembinaan jalan yang memerlukan masa lebih panjang untuk disiapkan, kementerian akan meminta mereka memberhentikan sementara kerja-kerja pembaikan atau pembinaan jalan di lokasi-lokasi terlibat.

“Inisiatif ini sangat penting supaya tiada apa-apa gangguan atau halangan kepada pengguna jalan raya sepanjang tempoh perayaan ini hanya disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya dijalankan syarikat konsesi,” katanya.

Memang penting bila pada waktu puncak termasuk musim perayaan, tiada sebarang kerja-kerja selenggara atau baikpulih jalan raya diadakan. Jika tidak, ia memang menambahkan lagi kesesakan lalu lintas. Kecuali berkaitan dengan hal kecemasan seperti ada berlakunya kemalangan, ini memang tidak dapat dielakkan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required