Jangan kaitkan subsidi dengan pendaftaran PADU, pemberian subsidi dan bantuan perlu diteruskan

Jangan kaitkan subsidi dengan pendaftaran PADU, pemberian subsidi dan bantuan perlu diteruskan

Dilancarkan Januari lalu, Pangkalan Data Utama (PADU) diberitahu akan menjadi komponen utama untuk kerajaan menyampaikan subsidi bersasar dan juga bantuan lain kepada rakyat. Namun, maklum balas yang diterima setakat ini (ditutup 31 Mac 2023) menunjukkan hanya sembilan juta individu (daripada sepatutnya 30.08 juta) mendaftar dan memasukkan perincian mereka ke dalam pangkalan data sosio-ekonomi bersepadu tesebut.

Akibat daripada ini, kerajaan mungkin berhadapan dengan kesukaran untuk menyampaikan subsidi bersasar ini secara tepat. Perkara tersebut pernah disebutkan oleh menteri ekonomi, Rafizi Ramli awal minggu lalu yang turut mengatakan bahawa jumlah pendaftaran rendah ini mungkin tidak membenarkan kerajaan untuk meneruskan langkah ke hadapan berkenaan rancangan ini.

Walaupun begitu, pakar akademik berkata bahawa hasrat murni kerajaan untuk membantu rakyat ini tidak sepatutnya keluar dari landasan, hanya kerana ada orang yang tidak mendaftar dalam PADU. Dalam laporan The Star, pengarah institut pembangunan dan kemajuan inklusif Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Tan Sri Noor Azlan Ghazali berkata, dua perkara ini tidak patut disatukan.

“Penting untuk kerajaan mengasingkan dua isu ini, iaitu pendaftaran dalam sistem PADU dan subsidi bersasar. Ia adalah tidak betul sekiranya ramai tidak menerima subsidi atau bantuan tunai sepatutnya hanya kerana mereka tidak mengisi perincian dalam PADU,” kata Azlan.

Jangan kaitkan subsidi dengan pendaftaran PADU, pemberian subsidi dan bantuan perlu diteruskan

Beliau turut mencadangkan semasa pemberian bantuan kepada orang miskin, kerajaan sepatutnya tidak cuma meraikan jumlah penerima, tetapi juga perlu melihat kepada kapasiti penerima untuk meningkatkan pendapatan mereka pada masa hadapan.

“Maknanya, dengan penyampaian bantuan tunai ini, penerima juga diberitahu untuk membuat pendaftaran di institut latihan atau pusat komuniti berhampiran untuk memberikan mereka latihan kemahiran yang boleh membantu meningkatkan pendapatan mereka,” jelas Azlan.

“Soalannya sekarang, adakah terdapat orang yang memperbaiki hidup mereka dan keluar dari belenggu kemiskinan? Buat masa sekarang, kita diberitahu terdapat lapan juta penerima yang layak untuk mendapat bantuan tunai dan subsidi. Jika setiap seorang mempunyai tiga tanggungan, itu menjadikan jumlahnya lebih daripada 24 juta otang,” tambah beliau.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required