GAC GS3 Emzoom 2024 dilancar di M’sia — dua varian, 1.5T 177 PS/270 Nm, 7DCT, ADAS; dari RM119k

GAC GS3 Emzoom 2024 dilancar di M’sia — dua varian, 1.5T 177 PS/270 Nm, 7DCT, ADAS; dari RM119k

Selepas dipertontonkan dan dibuka untuk tempahan hujung Januari lalu, Warisan Tan Chong Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA) yang juga merupakan anak syarikat milik penuh Warisan TC Holdings Bhd hari ini melancarkan secara rasmi model SUV kompak dari China, GAC GS3 Emzoom. Ini merupakan sebuah usaha sama dengan syarikat dari China, GAC Motor International Co., Ltd. (GAC Motor International).

Ditawarkan dalam dua varian iaitu Exclusive dan Premium-R, dengan masing-masing dijual pada harga RM118,900 dan RM128,900 — harga atas jalan dan belum termasuk insurans. Terdapat empat pilihan warna untuk pelanggan — Ivory White, Starlight Silver, Lake Blue dan Graphene Grey.

GAC GS3 Emzoom 2024 dilancar di M’sia — dua varian, 1.5T 177 PS/270 Nm, 7DCT, ADAS; dari RM119k

Sempena pelancarannya, WTCA menawarkan pakej istimewa bagi 2,000 pelanggan terawal yang meliputi servis penyelenggaraan percuma sebanyak tiga kali termasuk kos pekerja, alat ganti dan minyak; jaminan 7-Tahun/180,000 km untuk enjin dan sistem janaan kuasa untuk pemilik pertama kenderaan sebagai tambahan kepada jaminan lima-tahun/150,000 km biasa; dan hadiah berupa Smart Watch Key percuma, yang berfungsi seperti kunci aslinya dengan tambahan sambungan kepada jam pintar.

Menggunakan platform GPMA yang dibangunkan sendiri oleh pengeluarnya, GS3 Emzoom mempunyai ukuran dimensi 4,410 mm panjang, 1,850 mm lebar, 1,600 mm tinggi dan jarak roda 2,650 mm. Model ini akan bersaing dalam segmen B SUV, berdepan dengan model lain seperti Proton X50 dan Honda HR-V. Dari segi saiz, GS3 Emzoom adalah sedikit lebih besar berbanding pesaingnya yang dinyatakan ini. Untuk ruang simpanan barang, 341 liter kapasiti tersedia, dan boleh dilanjutkan menjadi 1,271 liter dengan kerusi belakang direbahkan.

GAC GS3 Emzoom 2024 dilancar di M’sia — dua varian, 1.5T 177 PS/270 Nm, 7DCT, ADAS; dari RM119k

SUV kompak ini menggunakan enjin petrol 1.5T GDI generasi ketiga yang didakwa lebih berkuasa dan cekap tenaga. Janaan kuasanya ialah 177 PS @ 5,500 rpm dan 270 Nm @ 1,400 rpm-4,500 rpm. Kuasa ini disalurkan ke roda depan melalui transmisi automatik tujuh-kelajuan (7DCT) klac basah. Ia mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 8.0 saat, dan memberikan kadar penggunaan minyak 5.9l/100 km (kitaran NEDC). Enjin ini boleh dihidupkan dahulu dari jarak jauh untuk menyejukan kabin.

GAC GS3 Emzoom menampilkan rekaan menyerlah, diwakili oleh rekaan gril Mecha Wing, lampu utama LED Laser Eye Split serta lampu belakang Light Dart yang membantu memberikan penampilan yang menawan futuristik bagi SUV ini. Ini ditambah dengan spoiler belakang untuk menjadikannya lebih garang, serta pemegang pintu elektrik yang tersorok. Pemegang pintunya juga datang dengan rekaan tersembunyi, serta rim 18-inci aloi melengkapi imej kedua-dua varian.

Di dalam, kemasan dua-tona biru-hitam menyerikan suasananya — semua dengan permukaan dan balutan kulit buatan. Stereng multi-fungsi balutan kulit serta tombol gear kristal. Turut disertakan ialah sistem infotainmen dengan skrin sentuh 10.25-inci dengan sokongan Apple CarPlay tanpa wayar dan Android Auto, begitu juga dengan sistem kamera sekeliling, brek parkir elektrik adalah ciri standard untuk semua varian.

Khas untuk Premium R ialah kawalan pendingin automatik, kerusi larasan enam-arah untuk pemandu, lampu ambient, pengecas telefon tanpa wayar, pintu ruang kargo tanpa kendalian tangan, Fusion Automatic Parking Assist (FAPA) dan bumbung panoramik.

Untuk aspek keselamatan pula, GAC GS3 Emzoom disertakan antaranya dengan Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) yang membolehkan pemanduan autonomous Tahap 2. Semua varian dilengkapi dengan empat beg udara di bahagian depan dan sisi, brek cakera untuk semua roda, Hill Hold Control, ESP dan peninjau titik buta sebagai ciri standard.

Untuk ADAS, antara ciri yang disertakan adalah seperti Adaptive Cruise Control (ACC), Automatic Emergency Braking (AEB), Front Collision Warning (FCW), Traffic Sign Recognition System (TSR), Lane Departure Warning (LDW) and Intelligent Speed Limit Control (ISLC). High Beam Assist (HMA) dan Fusion Automatic Parking Assist disediakan untuk varian GS3 Emzoom Premium R.

Unit yang dilancarkan ini adalah versi CBU dari China. WTCA bagaimanapun sudah memulakan pemasangan tempatan (CKD) untuk model ini di kilang mereka di Segambut, Kuala Lumpur dan serahan bagi model CKD ini jangka akan dimulakan pada Jun tahun ini.

GAC GS3 Emzoom 2024 Exclusive

GAC GS3 Emzoom 2024 Premium-R

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required