Givi lancar kotak aluminium Matterhorn 39 liter – masuk pasaran bulan Julai, dua warna, dari RM420

Givi lancar kotak aluminium Matterhorn 39 liter – masuk pasaran bulan Julai, dua warna, dari RM420

Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-30 Givi Asia, syarikat pengeluar aksesori terkemuka jenama dari Itali ini telah melancarkan satu kotak simpanan aluminium baru yang dipanggil sebagai Matterhorn Monolock Top Case.

Ia ditawarkan dalam dua warna iaitu aluminium atau hitam, dan akan dijual pada harga antara RM420 ke RM450 apabila masuk ke dalam pasaran pada bulan Julai nanti. Di dalamnya tersedia ruang simpanan 39 liter yang juga boleh memuatkan sebuah helmet modular/separuh muka.

Selain menjadi kotak simpanan aluminium pertama buatan Malaysia dengan sistem Monolock, Matterhorn 39L ini juga direka dengan beberapa sistem baru. Pertamanya adalah “Double-Hooked Locking System”, yang lebih memudahkan pengguna dengan ciri lebih praktikal serta operasi buka/kunci yang lebih pantas.

Kemudiannya, ia juga menggunakan “New CAM Opening system”, yang mana jika pengguna mahu mencabutnya daripada tapak (base plate), penutup atasnya perlu dibuka terlebih dahulu. Ini juga bertindak sebagai sistem keselamatan tambahan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required