Stesen BHP di Lebuhraya PLUS ditutup untuk selenggara pada 5-12 Jun, 10 malam-8 pagi

Untuk pengguna Lebuhraya Utara-Selatan, sila ambil perhatian. PLUS telah mengumumkan bahawa terdapat beberapa stesen BHP di sepanjang lebuhraya terbabit akan ditutup dari jam 10 malam hingga 8 pagi, mulai hari ini (5 Jun) sehingga 12 Jun 2024.

Penutupan stesen BHP terbabit adalah untuk kerja-kerja selenggara, dan lokasi yang terlibat ialah Hentian Sebelah Ladang Bikam (arah utara) dan Plaza Tol Sungai Besi (hari ini), R&R Tapah (arah selatan) pada 9 Jun dan Restoran Jejantas Sungai Buloh arah selatan pada 10 Jun. Ia turut melibatkan stesen BHP di Sungai Dua (arah utara) pada 11 Jun dan Sungai Dua (arah selatan) pada 12 Jun.

Sekali lagi diingatkan bahawa penutupan stesen BHP itu hanya dari jam 10 malam hingga 8 pagi pada tarikh yang dinyatakan, dan tidak melibatkan keseluruhan R&R atau hentian sebelah. Jika anda memang terbiasa mengisi minyak di stesen terbabit (pada waktu yang dinyatakan tutup), sila ke stesen minyak berhampiran untuk berbuat demikian.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • poor police on Jun 05, 2024 at 5:49 pm

    27 mei 2024 tahun saya cedera badan dan dua tangan darah dan satu jari kecil sedikit putus selepas satu motosikal cina DAP gila sakit mental suka pukul saya pakai topi bn

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required