EVx 2024 – Ekspo EV anjuran paultan.org berlangsung pada 20-21 Julai di Setia City Convention Centre

EVx 2024 – Ekspo EV anjuran paultan.org berlangsung pada 20-21 Julai di Setia City Convention Centre

Electric Vehicle Expo (EVx) 2024 anjuran paultan.org kembali menemui anda dan bakal berlangsung pada 20 hingga 21 Julai 2024 bertempat di Setia City Convention Centre (SCCC), Setia Alam. Ekspo elektrifikasi yang terus menerima perhatian ramai ini, yang dianjurkan buat kali ketiga, dengan kerjasama rakan penaja iaitu Carro, Gentari, RHB dan JuiceUp – menjanjikan skop yang lebih komprehensif berbanding sebelum ini.

Butiran lanjut hanya akan didedahkan dalam beberapa minggu akan datang, tetapi anda boleh menjangkakan banyak nama besar akan berada di pameran itu, termasuk Mercedes-Benz, BMW, MINI, smart, Hyundai, Kia, Lotus Cars, BYD, Chery dan MG yang akan mempamerkan barisan EV mereka di EVx. Dan Zeekr juga akan tampil membuat penampilan pertamanya di negara ini menerusi acara tersebut.

Anda berpeluang menyaksikan pratonton kereta baharu yang eksklusif serta memandu uji pelbagai EV, semuanya di bawah satu bumbung. Anda juga akan dapat mempelajari semua tentang pelbagai aspek elektrifikasi melalui ceramah oleh pakar industri dan mengetahui bagaimana rasanya hidup dengan EV melalui forum perbincangan pemilikan yang akan diadakan dalam acara yang berlangsung selama dua hari itu.

Selain itu, jika anda mempunyai sebarang soalan berhubung caj dan infrastruktur, EVx ialah tempat yang sesuai untuk memperoleh jawapannya, kerana akan ada pihak berkepentingan seperti pengendali pengecas EV (CPO) dan agensi berkaitan bersedia untuk sebarang pertanyaan dari anda.

Seperti biasa, EVx berjanji untuk mendidik dan memaklumkan semua tentang topik yang berkaitan, jadi jika anda ingin menggunakan kenderaan elektrik, pastikan anda tidak terlepas berkunjung ke pameran EV yang bakal berlangsung di SCCC pada 20-21 Julai ini. Paling menarik, masuk adalah percuma.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required