Scammer kemalangan babitkan motosikal di Johor sasar penunggang S’pura – aksi dirakam kamera 360°

Scammer kemalangan babitkan motosikal di Johor sasar penunggang S’pura – aksi dirakam kamera 360°

Satu lagi taktik penipuan dikesan, kali ini video berkenaan turut tular menerusi laman Facebook. Rakaman yang dimuat naik ini hasil kamera aksi 360-darjah, yang dipasang pada motosikal pendaftaran Singapura.

Klip video berdurasi 45 saat ini menunjukkan penunggang asing dan pemboncengnya melepasi sekumpulan penunggang motosikal yang dipercayai rakyat Malaysia di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di BSI, menuju ke Johor Bahru. Rakaman kamera kemudian menunjukkan pandangan menghadap belakang dan selepas itu kelihatan penunggang Yamaha 135 LC memotong dari sebelah kanan dengan jarak yang terlalu hampir dan tergesel sedikit dengan penunggang asing terbabit.

Kemudian, muncul penunggang motosikal kedua, yang dipercayai rakannya, merapati motosikal penunggang asing itu, dan mereka dilihat seperti bertengkar, dipercayai ingin memeras ugut penunggang asing berkenaan yang kononnya sebagai pampasan kerosakan motosikal. Pada akhir rakaman berkenaan, penunggang asing memberitahu kedua-dua penunggang motosikal terbabit bahawa dia mempunyai bukti video insiden tersebut, sebelum kedua-duanya bertindak meninggalkan tempat kejadian.

Kejadian seumpama ini pernah berlaku di Klang, di mana seorang lelaki berlari dari seberang jalan ke arah bahagian hadapan sebuah kereta yang sedang melalui jalan terbabit dan ‘menghempaskan’ dirinya ke bahagian cermin hadapan kereta tersebut yang menyebabkan retak teruk. ‘Si mangsa’ kemudiannya memeras ugut pemandu berkenaan dengan alasan sebagai pampasan, dan apabila dimaklumkan insiden tersebut dirakamkan menerusi dashcam, dia tergesa-gesa beredar.

Pelbagai motif dan taktik yang digunakan oleh scammer jalanan sekarang ni, jadi, inilah pentingnya mempunyai dashcam, kamera 360-darjah atau pun kamera badan, bukan setakat untuk merakamkan perjalanan anda, bahkan boleh dijadikan bahan bukti sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini termasuk kemalangan dan sebagainya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required