Kontena jatuh dari lori di Bukit Mertajam, hempap kereta dipersimpangan lampu isyarat; seorang maut

Kontena jatuh dari lori di Bukit Mertajam, hempap kereta dipersimpangan lampu isyarat; seorang maut

Seorang wanita meninggal dunia selepas sebuah kontena yang dibawa oleh sebuah lori tiba-tiba terjatuh dan menghempap sebuah kereta. Kejadian ini berlaku berhampiran Bukit Mertajam Pulau Pinang pagi tadi, 13 November 2024.

Menurut laporan The Star, mangsa, Lee Zi Rou, 21 tahun meninggal dunia di lokasi kemalangan akibat kecederaan parah selepas tersepit di dalam kereta yang dihempap oleh kontena tersebut. Ketika kejadian kereta berkenaan sedang berhenti menunggu lampu isyarat di persimpangan Jalan Kebun Sireh dan Jalan Bukit Tengah, tiba-tiba menjadi mangsa apabila kontena dari sebuah lori dari arah bertentangan terjatuh ketika membuat pusingan ke kiri.

Dalam laporan Harian Metro, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Perda, Mohd Nor Azamuddin Abdullah menyatakan bahawa kemalangan ini turut menyebabkan seorang lagi pemuda berusia 25-tahun di dalam kereta yang sama cedera.

“Mangsa lelaki berusia 25 tahun dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba dan dibawa ke hospital untuk rawatan, manakala mangsa wanita yang tersepit kita menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkannya,” katanya dan menambah wanita itu tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan yang berada di lokasi.

Looking to sell your car? Sell it with Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required