PLUS laksana ujian rintis penyaluran trafik di Plaza Tol Setia Alam mulai hari ini hingga 12 Dis 2024

PLUS laksana ujian rintis penyaluran trafik di Plaza Tol Setia Alam mulai hari ini hingga 12 Dis 2024

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) melaksanakan uUjian rintis awam skim penyaluran trafik selepas Plaza Tol Setia Alam mulai hari ini sehingga 12 Disember 2024. Ujian rintis ini dijalankan sebagai inisiatif untuk melancarkan trafik dan membantu mengurangkan kesesakan selepas lorong masuk di laluan tersebut.

Menerusi gambarajah di atas, PLUS meletakkan kon pembahagian trafik sebelum cabang ke arah Shah Alam/Subang dan Bukit Raja/Klang. Jadi anda perlu bersiap sedia lebih awal sama ada untuk ke kanan iaitu ke Bukit Raja/Klang atau pun ke kiri menghala ke Shah Alam/Subang.

Dalam masa yang sama, PLUS menasihati pengguna lebuhraya supaya memandu dengan berhati-hati dan mematuhi arahan petugas di lokasi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Sell your car, get paid in 24 hours

Renew your car insurance with us, 10% discount!

Use the promo code 'PAULTAN' when you checkout for 10% discount!

Renew Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required