Enam lebuhraya, 25 jalan utama di Lembah Klang ditutup berperingkat sempena ASEAN 2025 – 23-28 Mei

Enam lebuhraya, 25 jalan utama di Lembah Klang ditutup berperingkat sempena ASEAN 2025 – 23-28 Mei

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman mengumumkan sebanyak enam lebuhraya dan 25 jalan utama di sekitar Lembah Klang akan ditutup secara berperingkat sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 (ASEAN 2025).

Menurut Pengarah JSPT, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri, penutupan jalan dilaksanakan bermula 23 hingga 28 Mei ini melibatkan laluan masuk dan keluar ke lokasi-lokasi utama khususnya ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Istana Negara dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), laporan Utusan Malaysia.

“Setiap penutupan dijangka berlangsung 30 hingga 45 minit antara 8 pagi dan 8 malam secara berkala mengikut tarikh yang ditetapkan. Antara laluan utama yang terlibat adalah Jalan Istana, Jalan Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang, Jalan Imbi, Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Parlimen, Jalan Damansara dan Jalan Kuching.

Enam lebuhraya, 25 jalan utama di Lembah Klang ditutup berperingkat sempena ASEAN 2025 – 23-28 Mei

“”Selain itu, ia juga melibatkan Persimpangan Jalan Ampang/Jalan P.Ramlee, Persimpangan Jalan Sultan Ismail/Jalan P.Ramlee, Persimpangan Jalan Perak/Jalan P.Ramlee, Persimpangan Jalan Perak/Jalan Pinang, Persimpangan Jalan Stonor/Jalan Kia Peng, dan Persimpangan Jalan Stonor/Persiaran KLCC,” katanya.

Tambah beliau, enam lebuhraya yang terlibat pula ialah Lebuhraya ELITE, NKVE, GUTHRIE, MEX, KL–Seremban dan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari Sungai Buloh ke Jalan Duta. Ia juga melibatkan laluan utama ke lapangan terbang iaitu KLIA dan TUDM Subang termasuk Lingkaran Putrajaya dan Lebuh KLIA.

“Sebagai persiapan awal, raptai pergerakan konvoi akan dilaksanakan pada 21 dan 22 Mei ini melibatkan kawalan laluan, lokasi persidangan, petugas pools serta pergerakan motoked. Kerjasama semua pihak penting bagi memastikan keselamatan serta kelancaran lalu lintas sepanjang tempoh sidang kemuncak ini berlangsung,” katanya.

Mohd. Yusri turut menasihatkan orang ramai untuk mengelakkan laluan terlibat serta merancang perjalanan lebih awal dan digalakkan menggunakan pengangkutan awam.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Semua cuma pandai bagi tahu TUTUP jalan sana sini tapi xde detail. Contoh kat ELITE highway tu, pada 23 – 26/5, kita terima kedatangan so kalau tutup… takkan tutup sekali jalan yang nak menghala ke NILAI. kan?
    Dan pada 28/5 pulak… kepulangan VIP… takkan tutup jalan dari NILAI nak menghala ke Shah Alam??? Susah sangat ke bagi lebih sikit detail ni?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required