
Proton mengumumkan bahawa pihaknya telah menghantar sejumlah 3,276 eMas kepada para pelanggan pada Januari 2026, dengan purata sekitar lebih 100 unit sehari.
Menurut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sebanyak 8,890 kenderaan elektrik (EV) Proton telah didaftarkan pada tahun 2025. Dengan pencapaian pada Januari 2026, jenama ini telah mencapai kira-kira 36.9% daripada jumlah jualan keseluruhan tahun lalu. Malah angka yang dicatatkan pada bulan lalu juga hampir tiga kali ganda berbanding 1,106 unit yang direkodkan pada Disember 2025 (pencapaian jualan bulanan tertinggi sub-jenama itu pada tahun lalu).
eMas 7 telah menerima sambutan yang sangat baik sejak pelancarannya pada Disember 2024, dan menyumbang sebahagian besar jualan EV Proton sepanjang 2025. Model seterusnya ialah eMas 5 yang diperkenalkan pada Oktober 2025, manakala versi pemasangan tempatan (CKD) bagi eMas 7 mula dijual bulan ini dengan peningkatan spesifikasi serta harga yang lebih rendah berbanding versi import sepenuhnya (CBU) yang ditawarkan sebelum ini.
Esok (4 Februari 2026), Proton akan memperkenalkan model plug-in hybrid (PHEV) pertamanya, eMas 7 PHEV secara rasmi, yang akan ditawarkan dengan tiga varian dan dijangka berharga antara RM110,000 dan RM130,000.

Proton eMas 5
dari RM 59,800
Proton X90
dari RM 106,800
Proton S70
dari RM 73,800
Proton eMas 7 PHEV
dari RM 109,800
Proton X70
dari RM 106,800
Proton Saga
dari RM 38,990
Proton X50
dari RM 89,800
Proton eMas 7
dari RM 103,800
Proton Persona
dari RM 47,800