JPJ sita Lamborghini Aventador di Klang – cukai jalan luput, nombor pendaftaran tak ikut spesifikasi

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor telah bertindak menahan sebuah Lamborghini Aventador di Persiaran Ampuan Rahimah, Klang, semalam. Hasil pemeriksaan menerusi Ops Luxury itu, JPJ mendapati bahawa jentera prestasi terbabit memiliki Lesen Kenderaan Motor (LKM atau cukai jalan) yang telah tamat tempoh.

Selain itu, ia juga menggunakan nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi. Susulan kedua-dua kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, Aventador berkenaan telah disita di JPJ Shah Alam untuk tindakan lanjut.

“JPJ Negeri Selangor sentiasa memberi perhatian dan menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas semua aduan dan memastikan kenderaan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan,” katanya menerusi perkongsian di Facebook rasminya.

Sebarang aduan kesalahan lalulintas, orang awam boleh menyalurkan kepada [email protected] atau platform aplikasi e-aduan beserta butiran pengadu dan aduan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Sell your car, get paid in 24 hours

Renew your car insurance with us, 10% discount!

Use the promo code 'PAULTAN' when you checkout for 10% discount!

Renew Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required