Search in Bahasa Malaysia:

Proton X50 2025 - Executive vs Premium vs Flagship



Artikel Terkini

  • Kanak-kanak 11 tahun pemegang kad UNHCR pandu kereta, terbabas dalam longkang – Polis Klang

    Kanak-kanak 11 tahun pemegang kad UNHCR pandu kereta, terbabas dalam longkang – Polis Klang

    Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Ramli Kasa mengesahkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun telah memandu Proton Saga milik ibunya sejauh dua kilometer sebelum terbabas ke dalam longkan di Jalan Teluk Gong, Pelabuhan Klang.

    “Bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Klang Selatan telah memgesan kenderaan terbabit bersama pemiliknya dan tiga orang kanak-kanak yang dipercayai berada dalam kenderaan tersebut semasa kejadian. Kanak-kanak berkenaan terdiri daripada dua adik beradik yang merupakan pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dan seorang lagi sepupu mereka warga tempatan.

    “Siasatan awal mendapati, kenderaan terbabit telah dipandu oleh ibu mereka yang juga merupakan pemegang kad UNHCR dari kawasan Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang UTara menuju ke rumah kakak dua beradik berkenaan di Teluk Gong. Setelah tiba di rymah tersebut, si ibu meninggalkan anak-anak seketika untuk ke tandas dan anak lelakinya berusia 11 tahun mengambil kunci kereta lalu mengajak adik serta sepupunya pergi ke kedai,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

    Menurut Ramli lagi, kereta itu dipandu sejauh kira-kira 2 km sebelum hilang kawalan lalu terbabas ke longkang bahu jalan. Tiada kecederaan dilaporkan dan Saga terbabit hanya mengalami kerosakan kecil sahaja.

    “Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan tidak bertimbang rasa dan Seksyen 39 (1) akta sama kerana memandu tanpa lesen (bawah umur). Selain itu, siasatan dijalankan mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 bagi mengenal pasti unsur pengabaian terhadap kanak-kanak terlibat.

    “Ibu bapa dan penjaga dinasihatkan agar lebih peka dan berhati-hati terhadap pergerakan anak-anak. Jangan sekali-kali membiarkan kanak-kanak memandu atau menunggang sebarang kenderaan yang boleh mendatangkan risiko kepada keselamatan diri dan orang lain,” tegasnya.

     
     
  • Penampilan sulung Oliver Solberg dengan GR Yaris Rally1 cetus kemenangan ke-100 Toyota dalam WRC!

    Penampilan sulung Oliver Solberg dengan GR Yaris Rally1 cetus kemenangan ke-100 Toyota dalam WRC!

    2025 FIA World Rally Championship / Round 08 / Rally Estonia / 17-20 July 2025 // Worldwide Copyright: TGR WRT / McKlein

    Toyota mencapai satu lagi rekod dalam sejarah Kejohanan Rali Dunia (WRC) apabila mencatatkan kemenangan ke-100 sepanjang penyertaanya dalam kejohanan tahap tertinggi disiplin tersebut apabila menang Rally Estonia 2025 semalam, iaitu perlumbaan pusingan ke-8 untuk WRC musim ini.

    Tambah manis, kemenangan itu diraih oleh pemandu yang baru berusia 23 tahun, Oliver Solberg bersama juru arah Elliott Edmondson hanya dalam penampilan pertamanya memandu Toyota GR Yaris Rally1. Solberg yang merupakan anak kepada juara dunia WRC 2022 pasukan Subaru iaitu Petter Solberg diberikan peluang pertama oleh pasukan Toyota Gazoo Racing World Rally Team (TGR-WRT), selepas menunjukkan prestasi konsisten memandu jentera GR Yaris Rally2 dan kini sedang mendahului kelas WRC2.

    Solberg menampilkan pemanduan yang begitu dominan apabila mendahului hari pertama pada Jumaat dengan kelebihan 12.4 saat, menamatkan hari Sabtu dengan kelebihan 21.1 saat, dan akhirnya menamatkan Rally Estonia 2025 dengan kemenangan dengan meninggalkan juara dunia 2019, Ott Tanak yang memandu Hyundai i20 N Rally1 25.2 saat di belakang. Seorang lagi pelumba Hyundai yang juga juara dunia tahun lalu, Thierry Neuville melengkapkan podium tempat ketiga rali ini.

    Penampilan sulung Oliver Solberg dengan GR Yaris Rally1 cetus kemenangan ke-100 Toyota dalam WRC!

    2025 FIA World Rally Championship / Round 08 / Rally Estonia / 17-20 July 2025 // Worldwide Copyright: TGR WRT / McKlein

    “Ia adalah hujung minggu yang paling menakjubkan. Saya berasa sangat gembira, selepas bertahun-tahun bermimpi dan bekerja untuk saat seperti ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Toyota kerana memberi saya peluang ini dan peluang untuk membuktikan diri dan berseronok memandu kereta yang menakjubkan ini. Terima kasih kepada pasukan ujian yang membantu saya menjadi begitu selesa,” kata Oliver Solberg.

    “Ini adalah hujung minggu yang sukar dipercayai daripada Oliver. Saya rasa saya berasa lebih gementar melihatnya berbanding dia yang sedang memandu. Ia adalah pemanduan yang sangat bersih untuk bertarung dengan beberapa pemandu yang benar-benar berpengalaman,” kata naib prinsipal pasukan TGR-WRT, Juha Kankkunen.

    “Sesiapa sahaja akan merasa sedikit tekanan apabila pemandu seperti itu memberikan tentangan yang kuat, namun dia mengendalikannya dengan sangat baik. Ia adalah satu keseronokan bagi kami untuk memberinya peluang ini dan melihatnya mengambil peluang berkenaan dengan baik, dan kejayaan ini untuk kemenangan ke-100 Toyota juga,” tambah Kankkunen yang juga juara dunia empat kali, di mana kejuaraan keempatnya pada tahun 1993 dicapai ketika bersama pasukan Toyota.

    Penampilan sulung Oliver Solberg dengan GR Yaris Rally1 cetus kemenangan ke-100 Toyota dalam WRC!

    Kali pertama Toyota menang perlumbaan dalam WRC adalah pada tahun 1973 menerusi pemandu persendirian Kanada, Walter Boyce yang menang Press-on-Regardless (POR) Rally 1973 di Amerika Syarikat, iaitu pusingan ke-11 WRC musim berkenaan dengan memandu Toyota Corolla 1600 Coupe (TE27). Kejayaan yang diraih oleh Oliver Solberg semalam membolehkannya menjadi pemandu ke-16 yang memenangi pusingan WRC dengan memandu sebuah Toyota.

    Ini bukan kali pertama Oliver Solberg memandu jentera Rally1 dalam WRC. Sebelum ini dia telah diberi peluang oleh pasukan Hyundai untuk memandu i20 N WRC di Rally Finland 2021 ketika baru berusia 19-tahun, kemudian menyertai skuad Hyundai Shell Mobis WRT dengan berkongsi jentera i20 N Rally1 bersama Dani Sordo.

    Namun dengan prestasi yang tidak konsisten serta tidak menghabiskan perlumbaan kerana kemalangan, Solberg digugurkan dari pasukan tersebut dan kembali ke kelas WRC2 pada 2023 bersama pasukan Toksport Skoda. Hampir menjadi juara WRC2 tahun lalu, Solberg diberikan peluang oleh Toyota dengan mula berlumba menggunakan jentera Toyota GR Yaris Rally2 untuk WRC2 musim ini dan kini sedang mendahului kelas berkenaan.

    Dengan keputusan ini juga Solberg dilihat telah mendahului seorang lagi prodigi Toyota iaitu Sami Pajari, juara WRC2 musim 2024. Pajari telah diberikan peluang untuk memandu GR Yaris Rally1 dalam tiga pusingan WRC musim lalu, dan diserapkan dalam pasukan kedua TGR-WRT2 untuk berlumba semusim penuh dengan jentera Rally1 tersebut musim ini. Namun sehingga kini Pajari masih belum mencapai sebarang kemenangan dalam kelas tertinggi WRC tersebut.

     
     
  • DBKL laksana semula penutupan sebahagian Jalan TAR pada setiap Ahad, 6 pagi-12 tengahmalam

    DBKL laksana semula penutupan sebahagian Jalan TAR pada setiap Ahad, 6 pagi-12 tengahmalam

    Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan penutupan semula sebahagian Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) bermula persimpangan Jalan Bunus 6 sehingga persimpangan Jalan Melayu pada setiap hari Ahad, dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam.

    Tujuan penutupan jalan ini adalah bagi memberi laluan bagi Program Santai Seni @ TAR dan sebahagian daripada inisiatif bandar raya rendah karbon.

    Turut dimaklumkan, laluan dua hala juga akan diaktifkan di Lorong TAR dari simpang Dang Wangi ke simpang Lorong TAR 7 pada setiap hari Ahad dari jam 9 pagi hingga 12 tengah malam selepas selesai acara Kuala Lumpur Car Free Morning (KLCFM).

    Sehubungan itu, pengguna laluan berkenaan dinasihatkan supaya memandu dengan berhati-hati, memperlahankan kenderaan dan mematuhi arahan petugas yang bertugas.

     
     
  • Laluan Smartlane ditutup dari Kulai ke Sedenak arah utara di Lebuhraya Utara-Selatan mulai hari ini

    Laluan Smartlane ditutup dari Kulai ke Sedenak arah utara di Lebuhraya Utara-Selatan mulai hari ini

    PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup laluan Smartlane dari Kulai ke Sedenak di KM26.7 hingga KM33.7 (arah utara) bermula hari ini, 21 Julai 2025. Penutupan ini adalah bagi memberi laluan kepada pelaksanaan kerja-kerja penambahan lorong di kawasan tersebut.

    Menurut PLUS, sepanjang tempoh kerja-kerja berkenaan dijalankan, dua lorong sedia ada di lokasi terlibat akan dibuka seperti biasa bagi mengekalkan aliran trafik dan meminimumkan gangguan kepada pengguna lebuh raya.

    “Sementara itu, laluan Smartlane dari Senai ke Kulai di KM19.0 hingga KM26.7 (arah utara) akan beroperasi seperti biasa. Pengguna lebuh raya digalakkan untuk merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS bagi mendapatkan maklumat trafik terkini. Pengguna juga diingatkan supaya mematuhi semua papan tanda dan arahan yang dikeluarkan oleh petugas PLUS ketika melalui kawasan kerja-kerja pembinaan tersebut,” katamya menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

    Untuk maklumat trafik semasa dan bantuan, pengguna boleh merujuk kepada Pembantu Maya – PUTRI, X@plustrafik, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih, atau menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 sekiranya berlaku kecemasan.

     
     
  • PACE 2025: Mercedes-Benz melalui Hap Seng Star sedia #MyMercedesRewards, EV G580 dipamer

    PACE 2025: Mercedes-Benz melalui Hap Seng Star sedia #MyMercedesRewards, EV G580 dipamer

    Acara Premium Auto Car Expo (PACE) 2025 kini sedang berlangsung di Setia City Convention Centre (SCCC) dari jam 9 pagi hingga 7 malam, menampilkan pelbagai jenama automotif terkemuka. Salah satu kawasan pameran paling menarik perhatian adalah Mercedes-Benz, yang diuruskan oleh pengedar rasmi Hap Seng Star dan mempamerkan barisan model terkini dari jenama mewah Jerman itu.

    Menjadi tumpuan utama di kawasan Mercedes-Benz ialah model G580 elektrik sepenuhnya dengan Teknologi EQ, yang dilancarkan secara rasmi bulan lalu. Model ini merupakan versi tanpa emisi bagi SUV ikonik G-Class, di mana enjin V8 konvensional digantikan dengan empat motor elektrik yang menghasilkan kuasa keseluruhan sebanyak 587 PS dan tork luar biasa 1,164 Nm.

    Prestasi ini membolehkan G580 memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 4.7 saat. Ia turut dilengkapi dengan teknologi vektor tork dan fungsi G-Turn yang membolehkan kenderaan berpusing sehingga 720 darjah di tempat yang sama — satu ciri yang luar biasa bagi sebuah SUV.

    PACE 2025: Mercedes-Benz melalui Hap Seng Star sedia #MyMercedesRewards, EV G580 dipamer

    Ditawarkan pada harga RM958,888, G580 elektrik ini sebenarnya jauh lebih mampu milik berbanding model petrol AMG G63, hasil daripada pengecualian cukai kenderaan elektrik yang masih berjalan di Malaysia. Bagi mereka yang mahukan penampilan lebih eksklusif, versi edisi terhad Edition One turut ditawarkan, dengan tambahan RM50,000 untuk kemasan khas daripada rangkaian Manufaktur.

    Turut menyerlah di reruai Mercedes-Benz ialah Mercedes-AMG SL63 4Matic+, iaitu model roadster mewah berprestasi tinggi. Ia merupakan versi petrol paling berkuasa dalam barisan SL baru, berada satu tangga di bawah model plug-in hybrid SL63S E Performance. Model ini menggunakan enjin 4.0 liter V8 biturbo dari Affalterbach yang menghasilkan 585 PS dan 800 Nm tork, digandingkan dengan transmisi automatik AMG Speedshift MCT 9-kelajuan dan sistem pacuan semua roda AMG Performance 4Matic+.

    Sistem pacuan ini turut boleh dikunci untuk menjadikan kereta pacuan roda belakang sepenuhnya, memberikan pengalaman pemanduan yang lebih dinamik. Bumbung kain yang boleh dilipat dalam masa 15 saat serta kehadiran tempat duduk belakang kecil menjadikan SL63 bukan sahaja berkuasa tetapi juga praktikal. Harganya mencecah RM1,898,888, sejajar dengan spesifikasi dan prestij yang ditawarkan.

    PACE 2025: Mercedes-Benz melalui Hap Seng Star sedia #MyMercedesRewards, EV G580 dipamer

    Mercedes-Benz turut memperkenalkan pelbagai tawaran menarik untuk model plug-in hybrid (PHEV) dan kenderaan elektrik (EV) menerusi kempen MyMercedesRewards. Model seperti C350e ditawarkan dengan potongan harga sehingga RM50,000, bersama lima kali servis berjadual percuma dan lanjutan waranti Star Platinum selama satu tahun sekiranya pembelian dibuat melalui pelan pembiayaan Agility Financing.

    Model E350e pula hadir dengan ganjaran sehingga RM15,000 dan sokongan insurans kenderaan sehingga RM5,200. Bagi SUV GLC350e, pengguna boleh menikmati ganjaran sehingga RM25,000 serta bantuan insurans bernilai sehingga RM4,500.

    Dalam segmen EV pula, tawaran paling menarik tertumpu kepada EQS500, yang datang dengan ganjaran sehingga RM220,000. Jika pembeli menggunakan pelan Agility Financing, mereka turut diberikan kemudahan ICE on Demand, iaitu akses kepada kenderaan Mercedes-Benz berenjin pembakaran dalaman selama sepuluh hari setahun. EQE350+ dalam versi AMG Line juga ditawarkan dengan ganjaran sehingga RM100,000.

    PACE 2025: Mercedes-Benz melalui Hap Seng Star sedia #MyMercedesRewards, EV G580 dipamer

    Kedua-dua model ini disertakan lima kali servis berjadual percuma, lanjutan waranti Star Gold selama satu tahun serta bantuan insurans sehingga RM4,800. Tambahan pula, setiap pembelian yang dibuat melalui Agility Financing akan menerima kredit pengecasan bernilai RM300 dan manfaat MobilityPlus, iaitu kenderaan gantian percuma ketika penyelenggaraan atau pembaikan waranti dijalankan.

    Agility Financing merupakan pelan pembiayaan alternatif kepada kaedah sewaan beli tradisional. Ia menawarkan tempoh bayaran yang lebih singkat serta ansuran bulanan yang lebih rendah, sekaligus memudahkan pemilikan kenderaan Mercedes-Benz idaman. Pada akhir tempoh pembiayaan, pelanggan mempunyai fleksibiliti untuk menyelesaikan baki pinjaman, memulangkan kenderaan, atau menaik taraf kepada model baru melalui pelan yang sama.

    Mercedes-Benz bukan satu-satunya jenama yang mengambil bahagian dalam PACE 2025. Antara jenama lain yang turut serta ialah BMW dan MINI melalui Auto Bavaria, serta Audi, BYD, Denza, Hyundai, Kia, Mazda, Xpeng, GWM, GAC dan Zeekr. Tidak ketinggalan juga wakil segmen dua roda seperti BMW Motorrad, selain jenama aksesori automotif tempatan seperti Kineta dan Trapo.

     
     
  • PACE 2025: Dapatkan kit jelajah Thule bernilai RM8k dengan pembelian GWM Tank 300, Wey 80 dipamer

    PACE 2025: Dapatkan kit jelajah Thule bernilai RM8k dengan pembelian GWM Tank 300, Wey 80 dipamer

    Acara Premium Auto Car Expo (PACE) anjuran paultan.org, dengan kerjasama Carro dan RHB Bank, kini sedang berlangsung di Setia City Convention Centre (SCCC). Acara ini dibuka dari pukul 9 pagi hingga 7 malam hari ini, 20 Julai, dengan pelbagai tawaran menarik untuk kenderaan baru dan terpakai premium.

    Antara jenama yang turut serta tahun ini ialah Great Wall Motor (GWM), yang membawakan dua model SUV lasak mereka — Tank 300 dan Tank 500, serta pratonton MPV mewah baru mereka, Wey 80.

    Tank 300 hadir dengan enjin 2.0 liter turbo petrol empat silinder yang menghasilkan 220 PS dan 380 Nm tork, sesuai untuk pemanduan offroad. Model yang dipamerkan turut menonjolkan pelbagai aksesori dan pilihan pengubahsuaian bagi yang gemarkan gaya lebih unik dan lasak.

    Menariknya, Tank 300 didatangkan dengan waranti seumur hidup untuk enjin dan transmisi, serta penyelenggaraan percuma selama lima tahun. Sepanjang PACE 2025, pembeli juga akan menerima baucar kit pengembaraan Thule bernilai RM8,000.

    PACE 2025: Dapatkan kit jelajah Thule bernilai RM8k dengan pembelian GWM Tank 300, Wey 80 dipamer

    Bagi yang inginkan SUV tujuh tempat duduk yang lebih mewah tetapi masih mampu menawan laluan sukar, Tank 500 ialah pilihan terbaik. Ia dilengkapi sistem pacuan semua roda (4×4) dengan kunci differential elektronik dan mekanikal.

    Model ini menggunakan sistem hibrid yang menggabungkan enjin petrol turbo 2.0 liter dan motor elektrik, menghasilkan kuasa keseluruhan 346 PS dan tork 648 Nm. Seperti Tank 300, komponen sistem hibrid Tank 500 turut dilindungi waranti seumur hidup, manakala bateri hibrid pula diberikan jaminan lapan tahun atau 200,000 km. Selain itu, ia turut mendapat waranti enam tahun tanpa had perbatuan dan penyelenggaraan percuma selama lima tahun.

    Tumpuan utama di kawasan pameran GWM adalah Wey 80, MPV mewah plug-in hybrid yang masih belum dilancarkan di Malaysia tetapi kini dipertontonkan buat kali pertama dalam versi terkini. Model tujuh tempat duduk dengan jarak roda panjang ini menampilkan reka bentuk dalaman serba moden, yang dijangka akan ditawarkan apabila versi CKD (pemasangan tempatan) tiba hujung tahun ini.

    PACE 2025: Dapatkan kit jelajah Thule bernilai RM8k dengan pembelian GWM Tank 300, Wey 80 dipamer

    Wey 80 dijangka menggunakan sistem kuasa Hi-4 seperti yang pernah dipamerkan di KLIMS, yang menggabungkan enjin 1.5 liter turbo dengan dua motor elektrik — satu di depan dengan 174 hp dan satu lagi di belakang dengan 181 hp — menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang mahukan prestasi serta keselesaan keluarga dalam satu pakej.

    Selain tawaran daripada jenama kenderaan, pembelian di PACE turut disertakan dengan pelbagai ganjaran. 200 tempahan pertama bagi kenderaan baru akan menerima baucar bernilai RM3,000 daripada rakan penaja seperti Solar Gard, Dodomat, The Carage, Kuzig Glanz, Gintell dan DK Schweizer.

    Sebagai tambahan, semua tempahan kereta baru yang disahkan akan layak menyertai cabutan bertuah, dengan hadiah termasuk 10 unit telefon pintar bernilai RM3,500 setiap satu dan hadiah utama berupa pakej percutian untuk dua orang bernilai RM25,000.

     
     
  • PACE 2025: Tawaran eksklusif RM5,000 jika tempah Denza D9; menangi tiket konsert Jacky Cheung

    PACE 2025: Tawaran eksklusif RM5,000 jika tempah Denza D9; menangi tiket konsert Jacky Cheung

    Premium Auto Car Expo (PACE) anjuran paultan.org yang masih berlangsung hari ini membawakan pelbagai tawaran automotif terbaik pada 19-20 Julai 2025, bertempat di Pusat Persidangan Setia City (SCCC). Dengan Carro dan RHB sebagai penaja bersama, acara ini terbuka kepada umum dari pukul 9 pagi hingga 7 malam.

    Banyak yang menarik menanti anda di PACE 2025, dan satu daripadanya ialah tawaran istimewa RM5,000 jika anda membuat tempahan Denza D9. Tawaran ini terbuka untuk 50 unit terawal, jadi jangan lepaskan peluang. Anda sah untuk menikmati tawaran ini asalkan MPV elektrik anda didaftarkan sebelum 31 Julai ini.

    Selain itu, anda juga berpeluang menjadi satu daripada 150 orang pelanggan terawal untuk mendaftarkan model D9 setiap bulan pada Julai, dan berpeluang memenangi tiket Jacky Cheung 60+ Concert Tour in Kuala Lumpur yang akan berlangsung Ogos nanti.

    PACE 2025: Tawaran eksklusif RM5,000 jika tempah Denza D9; menangi tiket konsert Jacky Cheung

    Selain Denza, antara jenama yang akan ikut serta dalam PACE 2025 ini termasuklah BMW dan MINI (kedua-duanya diwakili oleh Auto Bavaria), Mercedes-Benz (diwakili oleh Hap Seng Star), Audi, BYD, Xpeng, Hyundai, Kia, Mazda, GWM dan Zeekr. Akan turut dipameran ialah motosikal premium daripada BMW Motorrad, dan turut disertai oleh Kineta dan Trapo.

    Selain tawaran menarik yang ditawarkan oleh setiap jenama, membeli kenderaan di PACE 2025 juga datang dengan pelbagai manfaat lain. Antaranya, 200 tempahan kenderaan baru terawal akan diberikan baucar bernilai RM3,000 untuk produk daripada rakan-rakan penyokong acara tersebut, seperti Solar Gard, Dodomat, The Carage, Kuzig Glanz, Gintell dan DK Schweizer.

    PACE 2025: Tawaran eksklusif RM5,000 jika tempah Denza D9; menangi tiket konsert Jacky Cheung

    Begitu juga dengan 40 tempahan motosikal baru yang terawal, pelanggan akan menerima baucar bernilai RM3,000 daripada rakan-rakan penyokong yang dinyatakan. Dan, tidak hanya itu: tempahan kereta baru yang sudah disah akan membolehkan anda ikut serta dalam cabutan bertuah dengan tawaran hadiah lumayan, termasuk 10 telefon pintar bernilai RM3,500 setiap satu, dan hadiah utama yang melibatkan pakej percutian untuk dua orang bernilai RM25,000!

     
     
  • PACE 2025: Biayai kereta EV dan ICE dengan RHB — nikmati kadar faedah serendah 2.1% setahun

    PACE 2025: Biayai kereta EV dan ICE dengan RHB — nikmati kadar faedah serendah 2.1% setahun

    Di acara Premium Auto Car Expo (PACE) anjuran paultan.org masih berlangsung hari ini di Pusat Persidangan Setia City (SCCC), tidak hanya jualan dan promosi kenderaan yang menjadi tumpuan. Dengan Carro dan RHB Bank sebagai penaja bersama, acara ini terbuka kepada umum dari pukul 9 pagi hingga 7 malam.

    Aspek pembiayaan juga menjadi bahagian penting bagi pemilikan kenderaan. Untuk itu, di PACE 2025, RHB membawakan pilihan tersebut untuk semua pengunjung di lokasi. RHB menawarkan kadar pembiayaan EV serendah 2.1% setahun (bersamaan dengan kadar tetap). Pelan pembiayaan fleksibel ini membolehkan anda untuk membayar lebih untuk meningkatkan simpanan, dan bila anda memerlukan tunai tambahan, anda boleh mengeluarkannya daripada lebihan terkumpul hasil pembayaran tersebut.

    Jika membiayai EV daripada jenama bukan nasional dengan RHB, anda akan menerima keahlian tiga bulan bagi CARs International Silver Membership serta satu servis cucian kenderaan percuma. Tawaran ini juga sah untuk kenderaan bukan EV dari jenama bukan nasional, dan sah sehingga 30 September 20225.

    PACE 2025: Biayai kereta EV dan ICE dengan RHB — nikmati kadar faedah serendah 2.1% setahun

    Kunjungi ruang pameran RHB di PACE 2025 dan cuba sendiri permohonan pembiayaan kenderaan dalam talian yang disediakan, dan anda akan turut menerima baucar petrol RM50.

    Jika anda menjadi 200 orang terawal yang membuat tempahan kenderaan baru di PACE 2025, anda turut menerima baucar bernilai RM3,000 untuk produk daripada rakan-rakan penyokong acara tersebut, seperti Solar Gard, Dodomat, The Carage, Kuzig Glanz, Gintell dan DK Schweizer. Anda juga berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah dengan hadiah menarik seperti 10 telefon pintar yang bernilai RM3,500 setiap satu, serta hadiah utama pakej percutian untuk dua orang bernilai RM25,000.

     
     
  • PACE 2025: GAC Emkoo dipertonton, pandu uji MPV M8 PHEV, tawaran istimewa GS3 Emzoom, Aion Y Plus

    PACE 2025: GAC Emkoo dipertonton, pandu uji MPV M8 PHEV, tawaran istimewa GS3 Emzoom, Aion Y Plus

    Acara paultan.org Premium Auto Car Expo (PACE) kembali lagi tahun ini, dan masih diadakan di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) bermula hari ini hingga esok, dibuka dari pukul 9 pagi hingga 7 petang. Antara pengeluar yang menyertai acara ini adalah GAC yang diwakili oleh WTC Automotif (WTCA).

    ‘Bintang’ untuk GAC pada PACE kali ini adalah SUV segmen-C GAC Emkoo yang dipertontonkan untuk orang awam sebelum ia dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi. Emkoo merupakan model kedua GAC yang dipasang secara tempatan selepas SUV segmen-B GS3 Emzoom yang telah dilancarkan pada pasaran tempatan tahun lalu. Sebagai ‘ayam tambatan’ GAC dalam kelas SUV segmen-C, Emkoo akan berhadapan terus dengan model-model seperti Proton X70, Chery Tiggo 7 dan lain-lain dalam pasaran Malaysia.

    Model ini dijana oleh enjin 1.5 liter Turbo dengan sistem suntikan bahan api terus (TGDI) berkuasa 177 PS dan tork maksima 270 Nm, digandingkan bersama kotak gear klac berkembar automatik tujuh-kelajuan. Dua varian bakal ditawarkan di Malaysia dengan varian asas Premium dijangka akan dijual pada harga RM120,000, dan juga varian Premium Pro dengan harga jangkaan RM130,000.

    PACE 2025: GAC Emkoo dipertonton, pandu uji MPV M8 PHEV, tawaran istimewa GS3 Emzoom, Aion Y Plus

    Selain itu GAC turut membawa SUV segmen-B GS3 Emzoom ke PACE 2025, yang ditawarkan dengan bayaran bulanan bermula RM990, waranti selama lima-tahun atau 150,000 km serta waranti unit rangkaian kuasa selama tujuh-tahun atau 180,000 km.

    GAC Malaysia turut menawarkan model-model EV menerusi jenama Aion yang turut dibawa ke PACE 2025. Antaranya adalah Aion Y Plus dijual pada harga bermula RM95,800, termasuk pengecas mudah alih. Aion Y Plus ini turut dilindungi waranti kenderaan selama lapan-tahun atau 160,000 km, dan juga waranti bateri, motor elektrik dan elektronik selama lapan tahun atau 200,000 km.

    Anda juga boleh memandu uji MPV mewah GAC M8 plug-in hybrid di PACE 2025, yang menampilkan tempat duduk kapten dengan fungsi spa yang dioperasikan menerusi satu sentuhan suis, sistem keterhubungan pelbagai fungsi dengan sistem bunyi premium Yamaha, teknologi beg udara 360 darjah sekeliling penuh yang dipatenkan oleh GAC termasuk beg udara cermin belakang pertama dalam dunia, dan juga sistem PHEV gandingan enjin petrol dan motor elektrik berkuasa 373 PS/630 Nm yang boleh bergerak sejauh 1,038 km dengan hanya satu tangki petrol.

    Seperti jenama lain di PACE 2025, mereka yang menjadi antara 200 pelanggan terawal membuat tempahan kenderaan baru akan menerima baucar bernilai RM3,000 daripada rakan penaja acara termasuk Solar Gard, Dodomat, The Carage, Kuzig Glanz, Gintell dan DK Schweizer. Setiap tempahan juga akan melayakkan anda menyertai cabutan bertuah, dengan hadiah menarik termasuk 10 telefon pintar bernilai RM3,500 setiap satu serta hadiah utama berupa percutian dua orang bernilai RM25,000.

    Jangan lepaskan peluang untuk alami sendiri pengalaman automotif terbaik di PACE 2025 — hanya berlangsung hujung minggu ini di Setia City Convention Centre, di buka bermula 9 pagi hingga 7 petang.

     
     
  • PACE 2025: Mercedes-Benz StarFest – tawaran khas hanya di acara, pelbagai pilihan kenderaan terpakai

    PACE 2025: Mercedes-Benz StarFest – tawaran khas hanya di acara, pelbagai pilihan kenderaan terpakai

    Acara paultan.org Premium Auto Car Expo (PACE) 2025, yang ditaja bersama oleh Carro dan RHB Bank, sedang berlangsung di Setia City Convention Centre (SCCC) sepanjang hujung minggu ini, 19 dan 20 Julai dari jam 9 pagi hingga 7 malam. Pengunjung berpeluang menikmati pelbagai tawaran menarik untuk kereta premium, sama ada baru atau terpakai.

    Di acara ini, anda boleh melihat sendiri kenderaan terpakai Mercedes‑Benz Certified, yang dipamerkan melalui StarFest, menampilkan model-model seperti C350e, AMG GLA35, AMG A35 serta barisan EV mewah seperti EQB, EQE dan EQS.

    Antara tawaran eksklusif di lokasi pameran ialah baucar bernilai RM3,100, termasuk RM2,000 untuk servis dan barangan Mercedes‑Benz, RM600 untuk tayar dan RM500 untuk penapis haba cermin (tint). Mercedes‑Benz turut menawarkan waranti terhad dilanjutkan hingga tahun kelima bagi unit terpilih.

    PACE 2025: Mercedes-Benz StarFest – tawaran khas hanya di acara, pelbagai pilihan kenderaan terpakai

    Terdapat juga peluang untuk memenangi pakej penapis haba cermin bernilai RM3,800 dan pembeli model EV Mercedes‑Benz EQ layak menerima wallbox pengecas percuma.

    Bagi kemudahan pembiayaan, program Young Star Agility+ menawarkan ansuran bulanan rendah, nilai masa depan dijamin, fleksibiliti di akhir perjanjian (boleh bayar penuh, sambung atau pulangkan), insurans motor sehingga RM4,800 serta kredit TnG sehingga RM888. Pembeli model EQ dan PHEV turut layak mendapat kredit pengecasan sehingga RM1,200.

    Selain Mercedes‑Benz, jenama lain yang turut serta di PACE 2025 termasuk BMW dan MINI (wakil rasmi Auto Bavaria), Audi, BYD, Denza, Xpeng, Hyundai, Kia, Mazda, GWM, GAC dan Zeekr. Satu lagi tarikan istimewa ialah motosikal premium dari BMW Motorrad, bersama kehadiran Kineta dan Trapo di SCCC.

    PACE 2025: Mercedes-Benz StarFest – tawaran khas hanya di acara, pelbagai pilihan kenderaan terpakai

    Keistimewaan tambahan menanti pembeli awal: 200 tempahan kereta baru dan 40 tempahan motosikal baharu pertama akan menerima baucar bernilai RM3,000 daripada rakan penaja termasuk Solar Gard, Dodomat, The Carage, Kuzig Glanz, Gintell dan DK Schweizer.

    Lebih menarik lagi, setiap tempahan kereta baru yang disahkan secara automatik akan memasuki cabutan bertuah. Hadiahnya termasuk 10 telefon pintar bernilai RM3,500 setiap satu dan hadiah utama berupa pakej percutian untuk dua orang bernilai RM25,000.

    Hari ini adalah hari pertama PACE 2025. Jika anda tidak berkesempatan hadir hari ini, peluang masih terbuka esok, 20 Julai. Jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri barisan kenderaan premium dan menikmati tawaran eksklusif hanya di Setia City Convention Centre, dari jam 9 pagi hingga 7 malam.

    Terma dan syarat dikenakan. Tawaran sah untuk stok dan model terpilih sahaja.

     
     
  • PACE 2025: Trapo sediakan pelbagai tawaran menarik – pengelap cermin, karpet, pakej perincian kenderaan

    PACE 2025: Trapo sediakan pelbagai tawaran menarik – pengelap cermin, karpet, pakej perincian kenderaan

    Acara paultan.org Premium Auto Car Expo (PACE) 2025 yang sedang berlangsung pada 19 dan 20 Julai di Setia City Convention Centre (SCCC) bukan hanya menampilkan barisan kereta dan motosikal menarik, tetapi turut menghimpunkan jenama yang menyokong ekosistem automotif secara menyeluruh — termasuk Trapo, satu jenama gaya hidup automotif terkemuka Malaysia.

    Dikenali sebagai pengeluar karpet kereta berkualiti tinggi, Trapo kini telah berkembang kepada pelbagai produk dan perkhidmatan automotif lain. Ruang pameran Trapo di PACE 2025 merupakan lokasi terbaik untuk anda melihat keseluruhan rangkaian produk mereka.

    Antara tawaran menarik yang disediakan termasuk bilah pengelap cermin Trapo berteknologi hidrofobik pada harga RM99, serta diskaun sehingga 22% untuk karpet kereta Trapo — potongan harga terbesar yang pernah ditawarkan oleh mereka setakat ini. Selain itu, pakej perincian (detailing) bermula serendah RM499, manakala perkhidmatan perincian a la carte pula diberikan diskaun sebanyak 20%.

    PACE 2025: Trapo sediakan pelbagai tawaran menarik – pengelap cermin, karpet, pakej perincian kenderaan

    Menariknya, Trapo turut memperkenalkan promosi pembiayaan eksklusif khas untuk pemilik kereta baru. Pengunjung PACE boleh mendapatkan pakej perlindungan premium bermula dari hanya RM99 sebulan untuk penapis haba cermin, RM111 sebulan untuk salutan seramik termaju dan RM555 sebulan untuk pemasangan penuh Paint Protection Film (PPF).

    Bukan itu sahaja — sepanjang dua hari acara ini berlangsung, Trapo akan mengagihkan botol percuma Trapo Rainguard Water Repellant bersaiz 150 ml, selagi stok masih ada. Semua tawaran dan hadiah percuma ini adalah terhad, jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini.

    Sebagaimana jenama lain di PACE 2025, mereka yang menjadi antara 200 pelanggan terawal membuat tempahan kenderaan baru akan menerima baucar bernilai RM3,000 daripada rakan penaja seperti Solar Gard, Dodomat, The Carage, Kuzig Glanz, Gintell dan DK Schweizer. Setiap tempahan juga melayakkan anda menyertai cabutan bertuah dengan hadiah menarik termasuk 10 telefon pintar bernilai RM3,500 setiap satu serta hadiah utama berupa percutian untuk dua orang bernilai RM25,000.

     
     
  • PACE 2025: Audi Q8 e-tron, Q7 CKD, Volkswagen Toureg CKD dipamer di SCCC hujung minggu ini

    PACE 2025: Audi Q8 e-tron, Q7 CKD, Volkswagen Toureg CKD dipamer di SCCC hujung minggu ini

    Acara paultan.org Premium Auto Car Expo (PACE) kembali lagi tahun ini, dan masih diadakan di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) bermula hari ini hingga esok, dibuka dari pukul 9 pagi hingga 7 petang. Antara pengeluar yang menyertai acara ini adalah dua jenama Jerman iaitu Audi dan Volkswagen, mempamerkan beberapa model terbaharunya untuk anda lihat, rasa dan kalau berminat, urusan jual beli juga boleh dibuat sekaligus.

    Antara model-model yang dipamerkan oleh Audi adalah Q7 yang dijual pada harga RM459,990. SUV dengan tiga baris tempat duduk ini digerakkan oleh enjin 3.0 liter V6 turbo menghasilkan kuasa 340 PS dan tork maksima 500 Nm, digandingkan bersama sistem hibrid ringkas 48-volt dengan unit starter generator yang digerakkan oleh tali-sawat.

    Ini membolehkan Audi Q7 tersebut ‘berlayar’ tanpa enjin petrol dihidupkan selama 40 saat bermula 55 km/j hingga 160 km/j. Kuasa dari enjin disalur kepada kotak gear automatik lapan-kelajuan, dan kemudian dialirkan ke kesemua roda menerusi sistem AWD Audi Quattro.

    Ini membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j dalam masa 5.6 saat sebelum mencapai kelajuan maksima 250 km/j. SUV ini juga dilengkapi dengan sistem stereng gandar belakang yang memberikan kelincahan ketika meredah selekoh dan juga kestabilan kelajuan tinggi.

    Malaysia menerima Audi Q7 dalam varian S line, yang menampilkan kelengkapan seperti lampu hadapan Matrix LWS dengan lampu laser Audi, lampu belakang OLED, pakej Black Styling Plus dengan kemasan S line, Audi Sport Seats Plus, sistem bunyi Bang & Olufsen 3D Premium, rim aloi Audi Sport 22-inci, tempat duduk baris ketiga kawalan elektrik dan pelbagai lagi.

    Audi turut memperagakan model EV Q8 e-tron di PACE 2025, yang dijual pada harga bermula RM299,990. Pembeli ditawarkan dalam dua pilihan bentuk badan dengan dua unit rangkaian kuasa berbeza merangkumi model Q8 e-tron 50 advance, Q8 Sportback e-tron 50 advance, Q8 e-tron 55 S line dan Q8 Sportback e-tron 55 S line.

    Q8 e-tron 50 advance dan the Q8 Sportback e-tron 50 advance digerakkan oleh sepasang motor elektrik menghasilkan kuasa keseluruhan 340 PS dan 664 Nm, membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j dalam masa 6 saat sebelum mencapai kelajuan maksima 200 km/j. Manakala Q8 e-tron 55 S line dan Q8 Sportback e-tron 55 S line pula turut menerima sepasang motor elektrik, namun ia lebih berkuasa menghasilkan 408 PS.

    Selain dari SUV, Audi turut membawakn model A5 Sportback 2.0 TFSI quattro dalam pakej kemasan S line. Model ini menerima enjin 2.0 liter turbo TFSI empat-silinder yang menghasilkan kuasa 249 PS dan tork 370 Nm.

    PACE 2025: Audi Q8 e-tron, Q7 CKD, Volkswagen Toureg CKD dipamer di SCCC hujung minggu ini

    Bagi Volkswagen pula, ia membawakan SUV Touareg yang dijual pada harga bermula RM399,990. Sama seperti kembarnya Audi Q7, Touareg juga kini dipasang secara tempatan (CKD) di Malaysia. Model ini menerima unit rangkaian kuasa yang terdiri dari enjin petrol turbo 3.0 liter V8 TSI yang menghasilkan 340 PS dan tork 340 PS seras 450 Nm, kotak gear automatik lapan-kelajuan dan juga sistem pacuan semua roda Volkswagen 4Motion.

    Touareg pasaran Malaysia ini menerima perincian seperti Advanced Night Vision (model VW pertama di Malaysia yang menerima ciri ini) cruise control adaptif, sistem pendingin hawa empat-zone ‘Air Care Climatronic’, sistem bunyi Dynaudio Consequence 730 watt, sistem infotainmen dan navigasi Discover Pro Max dengan skrin sesentuh 15-inci, lampu hadapan matriks IQ.LIGHT HD dan sistem perlindungan penumpang proaktif.

    Seperti jenama lain di PACE 2025, mereka yang menjadi antara 200 pelanggan terawal membuat tempahan kenderaan baru akan menerima baucar bernilai RM3,000 daripada rakan penaja acara termasuk Solar Gard, Dodomat, The Carage, Kuzig Glanz, Gintell dan DK Schweizer. Setiap tempahan juga akan melayakkan anda menyertai cabutan bertuah, dengan hadiah menarik termasuk 10 telefon pintar bernilai RM3,500 setiap satu serta hadiah utama berupa percutian dua orang bernilai RM25,000.

    Jangan lepaskan peluang untuk alami sendiri pengalaman automotif terbaik di PACE 2025 — hanya berlangsung hujung minggu ini di Setia City Convention Centre, di buka bermula 9 pagi hingga 7 petang.

     
     
  • PACE 2025: Carro Certified beri diskaun hingga RM10k untuk kereta terpakai, lebih daripada RM100k hadiah

    PACE 2025: Carro Certified beri diskaun hingga RM10k untuk kereta terpakai, lebih daripada RM100k hadiah

    Premium Auto Car Expo (PACE) anjuran paultan.org sedang berlangsung hari ini dan esok, bertempat di Pusat Persidangan Setia City (SCCC). Dengan Carro dan RHB Bank sebagai penaja bersama, acara ini terbuka kepada umum dari pukul 9 pagi hingga 7 malam.

    Selain daripada kereta baru yang dipamerkan di PACE 2025, kereta terpakai juga tidak ketinggalan tampil dengan tawaran menarik, dibawakan oleh penaja bersama acara, Carro. Potongan harga hingga RM10,000 bagi kenderaan terpakai terpilih melalui Carro Certified, dan ini juga cara yang membolehkan anda untuk memenangi hadiah bernilai lebih daripada RM100,000.

    PACE 2025: Carro Certified beri diskaun hingga RM10k untuk kereta terpakai, lebih daripada RM100k hadiah

    Membeli kenderaan Carro Certified akan membolehkan anda menikmati pelbagai kelebihan lain. Dengan pembelian kereta Carro Certified di PACE 2025, anda akan berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang menanti — termasuk 150 dashcam, 150 kad petrol, 10 Megra TV dan perjalanan ke Osaka untuk dua orang.

    Produk dan servis penjagaan kereta juga boleh diteroka dan dibeli di PACE 2025. Lindungi bahagian luaran kereta anda dengan coating Nippon Paint NaxPro Titanium Glass melalui harga istimewa dari hanya RM180 di PACE (harga biasa RM288).

    PACE 2025: Carro Certified beri diskaun hingga RM10k untuk kereta terpakai, lebih daripada RM100k hadiah

    Untuk penyelenggaraan lain, ada juga cucian dan wax kenderaan Ultrashine pada harga RM63, pengilat plastik dan getah hitam pada harga RM55, penghapus calar dengan harga RM52, penghabus kotoran kereta dengan harga RM78, Ultrashine cream wax pada harga RM75 dan pengilat hitam tayar dengan harga RM80. Untuk ruang dalaman, pembersih kulit dan fabrik dijual RM63, sementara pengilat kerusi kulit dan konsol pada harga RM76.

    Jika anda menjadi 200 orang terawal yang membuat tempahan kenderaan baru di PACE 2025, anda turut menerima baucar bernilai RM3,000 untuk produk daripada rakan-rakan penyokong acara tersebut, seperti Solar Gard, Dodomat, The Carage, Kuzig Glanz, Gintell dan DK Schweizer. Anda juga berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah dengan hadiah menarik seperti 10 telefon pintar yang bernilai RM3,500 setiap satu, serta hadiah utama pakej percutian untuk dua orang bernilai RM25,000.

     
     
  • PACE 2025: Dekati Mazda CX-60, Kia Sportage, Xpeng G6 dan pelbagai lagi di kawasan pameran Bermaz Auto

    PACE 2025: Dekati Mazda CX-60, Kia Sportage, Xpeng G6 dan pelbagai lagi di kawasan pameran Bermaz Auto

    Bermaz Auto tampil dengan ruang pameran tiga jenama yang paling menyerlah di paultan.org Premium Auto Car Expo (PACE) 2025, yang berlangsung pada 19 dan 20 Julai di Setia City Convention Centre (SCCC). Pengunjung yang hadir berpeluang melihat sendiri tawaran terkini daripada Mazda, Kia dan Xpeng, termasuk pelbagai promosi eksklusif dan hadiah istimewa.

    Dari jenama Mazda, tumpuan diberikan kepada Mazda CX-60, SUV flagship terbaru yang kini sudah dibuka untuk tempahan di Malaysia, dengan harga anggaran melebihi RM200,000. Ia hadir dengan enjin 2.5 liter empat silinder yang menghasilkan 191 PS dan 261 Nm, dihantar ke roda belakang melalui transmisi automatik lapan kelajuan. Antara ciri menarik yang ditawarkan ialah rim 20 inci, bumbung panoramik, pintu but bukaan kuasa, sistem audio Bose 12 pembesar suara, lapan beg udara dan sistem ADAS penuh.

    Turut dipamerkan ialah Mazda MX-5, model ikonik yang kekal relevan, manakala pandu uji disediakan untuk model Mazda 3, CX-30 dan kedua-dua varian turbo petrol serta turbo diesel bagi Mazda CX-5. Menariknya, bagi mereka yang membuat tempahan CX-5 di PACE 2025 atau sebelum 31 Ogos, anda akan menerima percutian 4 hari 3 malam ke Jepun secara percuma, termasuk tiket penerbangan dan penginapan, lengkap dengan lawatan ke Mazda Heritage Museum — destinasi wajib bagi peminat tegar Mazda.

    PACE 2025: Dekati Mazda CX-60, Kia Sportage, Xpeng G6 dan pelbagai lagi di kawasan pameran Bermaz Auto

    Untuk peminat Kia, dua model menjadi tumpuan utama — Kia Sportage dan Kia EV9. Kia Sportage ditawarkan dalam dua pilihan enjin: 2.0L NA (154 hp/192 Nm) dengan transmisi automatik enam kelajuan dan 1.6L turbo (177 hp/265 Nm) dengan DCT tujuh kelajuan. Varian 1.6T turut hadir dengan sistem AWD dan kunci differential. Ciri utama termasuk sistem ADAS penuh, rim 18 inci, lampu utama LED projektor, tailgate berkuasa, dua skrin 12.3 inci dan sistem audio Harman Kardon dengan lapan pembesar suara. Tempahan Sportage semasa PACE juga melayakkan anda untuk diskaun istimewa serta peluang memenangi hadiah dalam cabutan bonanza Bermaz Auto bernilai RM180,000.

    Kia EV9, SUV elektrik bersaiz besar pula ditawarkan dalam konfigurasi enam atau tujuh tempat duduk, kedua-duanya dalam versi GT-Line dengan dua motor elektrik AWD yang menghasilkan 385 PS dan 700 Nm. Bateri 99.8 kWj memberikan jarak pemanduan 505 km (WLTP) dan pengecasan pantas 350 kW membolehkan cas bateri naik 10-80% dalam hanya 24 minit. Ia juga dilengkapi 14 pembesar suara Meridian dan kamera menggantikan cermin sisi.

    Dari jenama Xpeng, dua model elektrik ditampilkan – G6 SUV dan X9 MPV. G6 ditawarkan dalam dua varian: Standard Range dengan bateri 66 kWj (jarak WLTP 435 km) dan Long Range dengan bateri 87.5 kWj (570 km WLTP). Kedua-duanya pacuan roda belakang dan boleh mencapai kelajuan maksimum 200 km/j. Versi Standard menghasilkan 259 PS dan 440 Nm dengan pecutan 0-100 km/j dalam 6.6 saat, manakala versi Long Range menghasilkan 286 PS dan memecut ke 100 km/j dalam 6.2 saat.

    PACE 2025: Dekati Mazda CX-60, Kia Sportage, Xpeng G6 dan pelbagai lagi di kawasan pameran Bermaz Auto

    Dari segi pengecasan, kedua-dua varian menyokong 11 kW pengecasan AC dan untuk DC, masing-masing menerima sehingga 215 kW dan 280 kW — cukup pantas untuk pengecasan 10-80% dalam 20 minit. Fungsi Vehicle-to-Load (V2L) turut disediakan, menjadikan G6 sebuah “power bank gergasi” yang ideal untuk aktiviti luar.

    Bagi pembeli Xpeng G6 Long Range, anda akan menerima pengecas wallbox AC 11 kW percuma bernilai RM5,000 termasuk pemasangan asas, serta penjimatan insurans sebanyak RM5,000 — satu pakej “lima tambah lima” yang sukar ditolak.

    Ingin MPV tujuh tempat duduk? Xpeng X9 adalah jawapannya. MPV elektrik 800-volt ini mampu dicas 10-80% dalam masa 20 minit sahaja. Ia ditawarkan dalam beberapa varian termasuk Standard Range 2WD Pro (84.5 kWj, 500 km WLTP) dan Long Range 2WD Pro serta Pro Plus (101.5 kWj, 590 km WLTP).

    PACE 2025: Dekati Mazda CX-60, Kia Sportage, Xpeng G6 dan pelbagai lagi di kawasan pameran Bermaz Auto

    Ciri standard termasuk suspensi udara dua ruang, stereng roda belakang, rim 20 inci, bumbung kaca panorama, tailgate berkuasa dan sistem V2L 3.3 kW. Dalam kabin, anda akan menemui paparan instrumen 10.25 inci, skrin sentuh 17.3 inci, pengecas tanpa wayar berkembar 50W, tempat duduk larasan elektrik 12 hala lengkap dengan fungsi memori, haba, penyejukan dan urut, serta pembesar suara di perehat kepala pemandu.

    Seperti jenama lain di PACE 2025, mereka yang menjadi antara 200 pelanggan terawal membuat tempahan kenderaan baru akan menerima baucar bernilai RM3,000 daripada rakan penaja acara termasuk Solar Gard, Dodomat, The Carage, Kuzig Glanz, Gintell dan DK Schweizer. Setiap tempahan juga akan melayakkan anda menyertai cabutan bertuah, dengan hadiah menarik termasuk 10 telefon pintar bernilai RM3,500 setiap satu serta hadiah utama berupa percutian dua orang bernilai RM25,000.

    Jangan lepaskan peluang untuk alami sendiri pengalaman automotif terbaik di PACE 2025 — hanya berlangsung hujung minggu ini di Setia City Convention Centre.

     
     
  • PACE 2025: Terokai penyelesaian holistik EV KINETA — Wallbox Pulsar Plus 7.4 kW dari RM3,299

    PACE 2025: Terokai penyelesaian holistik EV KINETA — Wallbox Pulsar Plus 7.4 kW dari RM3,299

    Premium Auto Car Expo (PACE) anjuran paultan.org sedang berlangsung hari ini dan esok, bertempat di Pusat Persidangan Setia City (SCCC). Dengan Carro dan RHB Bank sebagai penaja bersama, acara ini terbuka kepada umum dari pukul 9 pagi hingga 7 malam.

    Kineta, sebuah anak syarikat Sime Group, turut menawarkan penyelesaian holistik untuk ekosistem EV, dari membekalkan hingga memasang dan penyelenggaraan pengecas EV.

    PACE 2025: Terokai penyelesaian holistik EV KINETA — Wallbox Pulsar Plus 7.4 kW dari RM3,299

    Jika anda sedang mencari wallbox untuk digunakan di rumah, Kineta ada tawaran menarik sempena PACE 2025. Wallbox Pulsar Plus 7.4 kW (dengan kabel lima-meter) dijual dengan harga RM3,299 (harga biasa RM3,699) dan Wallbox Pulsar Max 7.4 kW (dengan kabel tukuh-meter) pada harga RM4,388 (turun daripada RM5,299).

    Jika mahukan pengecas yang lebih berkuasa, Wallbox Pulsar Max 22 kW (kabel lima meter) dijual dengan harga RM4,388 (turun dari RM5,099) atau Wallbox Pulsar Max 22 kW (kabel tukuh meter) pada harga RM4,688 (turun dari RM5,599).

    PACE 2025: Terokai penyelesaian holistik EV KINETA — Wallbox Pulsar Plus 7.4 kW dari RM3,299

    Kineta turut menwarkan pemasangan pengecas fasa tunggal pada kadar RM1,300 (turun dari RM1,488) dan pemasangan bagi pengecas tiga fasa dengan harga RM1,700 (turun dari RM1,888). Ada juga tawaran masa terhad yang lain, jadi kunjungi ruang pameran Kineta di PACE 2025 segera. Sebarang pertanyaan atau keperluan anda akan dilayan oleh petugas di lokasi.

    Jika anda menjadi 200 orang terawal yang membuat tempahan kenderaan baru di PACE 2025, anda turut menerima baucar bernilai RM3,000 untuk produk daripada rakan-rakan penyokong acara tersebut, seperti Solar Gard, Dodomat, The Carage, Kuzig Glanz, Gintell dan DK Schweizer. Anda juga berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah dengan hadiah menarik seperti 10 telefon pintar yang bernilai RM3,500 setiap satu, serta hadiah utama pakej percutian untuk dua orang bernilai RM25,000.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.17 (-0.04)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.00
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.91 (0.00)
EURO 5 B7 RM3.11 (0.00)
Last Updated Jul 31, 2025