Yamaha NVX 155 muncul di Sepang – penampilan pertama bagi negara Asean, dilancar awal 2017

yamaha-nvx-launch-10

Bersempena dengan perlumbaan MotoGP yang sedang berlangsung di Litar Sepang, Yamaha mengambil kesempatan untuk menjadikan Malaysia lebih bertuah dengan penampilan sebuah motosikal baru iaitu NVX 155, dan ia dilakukan sendiri oleh pelumba MotoGP pasukan Yamaha, Valentino Rossi. Ini adalah pertama kali NVX 155 muncul secara rasmi di Asean dan ia adalah motosikal jenis skuter.

Minggu lalu, kami ada menyiarkan video teaser Yamaha NVX yang dikeluarkan oleh Yamaha Vietnam, dan tidak disangka, kini Malaysia menjadi tapak pengenalan bagi Asean. Yamaha NVX adalah sebuah skuter sports yang menggunakan enjin 155 cc suntikan bahan api, dengan teknologi Blue Core dan VVA, dan ia adalah unit sama seperti yang terdapat pada model NMax, berkuasa 14.8 hp dan 14.4 Nm tork. Cumanya, ia ditambah dengan sistem Start/Stop dan berat keseluruhannya adalah 11 kg lebih ringan.

Selari dengan karekter sports-nya, NVX menggunakan rekaan yang agresif, bersama banyak garisan-garisan tajam. Bahagian tayar pula menggunakan padanan rim 14 inci dan tayar selebar 140 mm di belakang manakala di hadapan pula 110 mm. Brek yang digunakan adalah jenis cakera di hadapan dan dram di belakang.

Walaupun sporty, keselesaan pengguna tetap dijamin dengan tempat duduk yang lebar dan di bawahnya, terdapat ruang simpanan 25 liter kalis air yang boleh menempatkan sebuah helmet fullface. Menambahkan ciri modennya, motosikal ini turut dilengkapi dengan sistem kunci pintar yang membolehkan pengguna menghidupkan enjin tanpa kunci (disimpan dalam beg atau poket) dan tangki minyak 4.6 liter.

Panel paparan informasi pula adalah jenis LCD digital sepenuhnya, dan pengguna boleh melihat antaranya kelajuan, tahap rpm, tahap minyak dan juga operasi VVA. Bagi mendapatkan penggunaan bahan api yang optima, selain enjin yang maju, NVX 155 juga dilengkapi dengan sistem start/stop.

Nama Yamaha NVX akan digunakan bagi pasaran Vietnam dan Malaysia sementara negara lain pula akan menggunakan nama Aerox. Pelancaran rasmi pertama akan dilakukan di Thailand dan Vietnam pada bulan Disember, diikuti awal 2017 untuk pasaran Indonesia, dan seterusnya pasaran lain termasuk Malaysia.

Apabila ditanya kepada wakil daripada Yamaha Motor Japan berkenaan kedudukan model NVX 155 ini di antara barisan modelnya, mereka sukar memberi jawapan sama ada ia lebih tinggi atau lebih rendah berbanding NMax. Harganya juga bergantung kepada pasaran, sama ada akan lebih tinggi atau lebih rendah daripada NMax. Yamaha NMax di Malaysia dijual pada harga RM8,812 termasuk GST, tanpa insurans.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 

Comments

 

Add a comment

required

required