UMW Toyota Motor bakal lancar Hilux, Fortuner dan Innova baharu tahun ini – agensi penyelidikan

HILUX_Exterior_12_DPL-e1442912666143

Menurut beberapa agensi kajian penyelidikan, UMW Toyota Motor (UMWT) bakal memperkenalkan tiga model baharu di pasaran Malaysia bagi tahun ini. Model tersebut ialah Toyota Hilux, Fortuner dan Innova baharu.

TA Research, pada Disember lalu telah mengeluarkan 21 laporan selepas melawat UMW, ada menyebut, syarikat pengeluar kenderaan tersebut tidak akan melancarkan kenderaan penumpang pada tahun ini. Tetapi “menurut pihak pengurusan, terdapat model baharu bagi segmen komersil akan dilancarkan, iaitu Innova, Hilux dan Fortuner.”

RHB juga telah mengeluarkan laporan semalam, turut mendakwa perkara yang sama, di mana tiga model tersebut akan dilancarkan pada suku kedua dan suku ketiga tahun ini. Agensi penyelidikan tempatan ini turut menyatakan tiada kenderaan penumpang akan dilancarkan sehingga akhir 2016.

hr_15Fortuner_48-e1445398428110

Ketibaan model trio ini bukanlah suatu berita yang mengejutkan kerana ia adalah penggantian bagi model sedia ada yang sememangnya ditunggu-tunggu. Malah menurut sumber, ketiga-tiga model tersebut juga akan didatangkan dengan enjin baharu tetapi tidak mendedahkannya secara lebih terperinci.

Hilux telah melakukan penampilan terbaru pada Mei 2015 di Thailand dan Australia di mana ia merupakan pasaran terbesar bagi trak pikap berkenaan. Ia dijanakan oleh dua enjin turbodiesel baharu termasuk kotak gear manual dan auto enam-kelajuan yang dipertingkatkan. Di samping lebih mantap, ia juga ditampilkan dengan kerangka yang lebih tegar dan telah meningkatkan tahap keselesaannya.

2016-Toyota-Innovava-34

Manakala Fortuner pula merupakan SUV tiga barisan tempat duduk yang dibina berdasarkan platform Hilux. Indonesia juga bakal menerima kehadiran model baharu ini sebelum Januari berakhir. Ia juga didatangkan dengan dua pilihan enjin GD turbodiesel iaitu 2.8 liter (177 hp/450 Nm) dan 2.4 liter (150 hp/400 Nm).

Terakhir sekali, Innova iaitu MPV tiga barisan tempat duduk ini turut ditawarkan dengan dua pilihan enjin iaitu 2.0 liter Dual VVT-i 1TR-FE dengan kuasa 139 hp/183 Nm dan 2.4 liter turbodiesel yang sama dengan Hilux. Enjin ini dipadankan dengan transmisi manual lima-kelajuan atau automatik enam-kelajuan. Malah model yang juga dikenali sebagai Kijang Innova di Indonesia telah pun dilancarkan di negara berkenaan pada November lalu.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required