LITRAK umum diskaun tol sempena CNY – potongan 60 sen untuk LDP dan 20 sen di SPRINT pada 8 Feb ini

LDP_Toll_EXTRA

Sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina (CNY) 2016 tidak lama lagi, Kumpulan LITRAK telah mengumumkan diskaun tol sebanyak 60 sen untuk pengguna Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan 20 sen di Lebuhraya SPRINT. Ia akan diberikan bermula jam 12.00 tengah malam sehingga 11.59 malam pada 8 Februari ini.

Inisiatif pemberian diskaun tol ini telah pun bermula sejak tahun 2010 lalu sebagai salah satu usaha yang diharapkan mampu membantu pengguna lebuhraya terbabit. Diskaun tol ini juga diberikan ketika beberapa sambutan perayaan termasuk Hari Raya Aidilfitri, Hari Merdeka, Deepavali dan Krismas.

20160127_103211-1

Pengumuman ini telah dibuat ketika penganjuran Program Amal Tahun Baru Cina 2016 bersama Rumah Orang-Orang Tua Seri Setia, Sungai Way. Di mana pihak LITRAK turut berbesar hati menyampaikan sumbangan angpow kepada rumah kebajikan tersebut yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Pada 15 Oktober lalu, kedua-dua lebuhraya kelolaan LITRAK iaitu LDP dan SPRINT turut terbabit dalam penstrukturan kadar tol baharu. Bagi LDP yang melibatkan plaza tol Penchala, Petaling Jaya, Puchong arah Utara dan Puchong arah Selatan, kadar tol baharu bagi Kenderaan Kelas 1 ialah RM2.10 berbanding RM1.60 masa ini iaitu peningkatan sebanyak 50 sen. Manakala Kenderaan Kelas 2 pula dinaikkan sebanyak RM1 menjadi RM4.20. Kenderaan Kelas 3 pula akan dikenakan bayaran sebanyak RM6.30. Teksi pula dikenakan bayaran sebanyak RM1 dan bas pula kekal hanya RM1.

Manakala bagi SPRINT pula, ia melibatkan laluan Kerinchi Link, Penchala Link dan Damansara Link. Bagi Kelas 1, pengguna lebuhraya berkenaan perlu membayar RM2 di plaza tol Damansara dan RM2.50 di plaza tol Pantai di Kerinchi Link. Manakala kadar tol baharu bagi Kelas 1 di plaza tol Plaza Bukit Kiara pula (Penchala Link) ialah RM3.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required