Mitsubishi Pajero Sport SUV baharu dilancarkan di Indonesia – enjin 2.4L baharu dan 2.5L lama

Pajero-Sport-Indonesia-03_BM

Mitsubishi Pajero Sport telah pun dilancarkan di Indonesia pada minggu lalu, selepas beberapa bulan Triton baharu melakukan penampilan perdana di peringkat dunia di Thailand pada Ogos 2015. Pajero Sport baharu ini tampil bagi memberikan persaingan sengit buat Toyota Fortuner SUV yang dibangunkan berdasarkan model pikap Hilux, di Indonesia. Kami menjangkakan kedua-dua SUV ini akan tiba ke pasaran Malaysia pada tahun ini.

Pajero Sport ini didatangkan dengan enjin baharu 2.4 liter turbodiesel yang turut didapati pada Triton di Thailand, dengan kuasa 181 PS dan tork 430 Nm pada 2,500 rpm. Unit yang dilengkapi dengan 4N15 MIVEC VGT ini turut dipadankan dengan transmisi automatik lapan-kelajuan dengan mod manual dan pedal penukar gear.

Penjana kuasa ini juga adalah untuk spesifikasi bagi Indonesia Dakar 4X4 dan Dakar 4X2 – Exceed 4X2 dan GLX 4X4 MT dengan unit 4D56 2.5 liter bersama kuasa 136 PS/324 Nm. Ia turut dipadankan dengan transmisi auto lima-kelajuan (Exceed) atau manual (GLX) untuk enjin turbodiesel yang besar dan lama.

Pajero-Sport-Indonesia-04_BM

Sistem Super Select 4WD-II turut ditampilkan pada Dakar 4X4. Malah sistem AWD kini turut didatangkan dengan Off-Road Mode (kerikil, lumpur/salji, pasir, batu) dan butang pemilihan pacuan yang menggantikan tuil kawalan yang lama.

SUV ini juga dipadankan dengan suspensi double wishbone pada bahagian hadapan dan tiga sambungan jenis gandar tegar, dengan lingkaran gegelung di sekeliling. Empat cakera brek pengudaraan bagi Dakar dan dram di belakang bagi Exceed dan GLX.

Versi Dakar turut ditampilkan dengan rim dua-ton 18-inci dengan tayar 265/60 (265/70 R16 untuk yang lain-lain), lampu utama LED dengan lampu nyalaan siang (DRL), bumbung matahari, kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin, brek parkir elektronik, penghawa dingin dua-zon automatik, tempat duduk balutan kulit, dua tweeter tambahan (keseluruhannya enam speaker), bantuan mula mendaki dan kawalan kestabilan. Malah ini kali pertama ia turut dilengkapi kekemasan kayuan.

Pajero-Sport-Indonesia-06_BM

Bagi sistem multimedia, model teratas Dakar 4X4 dilengkapi dengan sistem 2DIN tujuh-inci dengan navigasi dan paparan pandangan sekeliling. Manakala Dakar 4X2 dan Exceed menerima unit 6.5-inci dengan navi dan kamera undur.

Pajero Sport baharu ini boleh didapati dengan lima pilihan warna iaitu Deep Bronze Metallic, Titanium Grey Metallic, Sterling Silver Metallic, White Pearl dan Black Mica. Dan turut menampilkan beberapa elemen tambahan termasuk spoiler belakang, kekemasan paip ekzos, serta hiasan pada bahagian atas dan bawah. Harga bagi pasaran Indonesia bermula Rp.446 juta hingga Rp.623 juta (RM135,765 hingga RM190,266).

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required