Menurut Datuk Ismet Suki, Presiden UMW Toyota Motor, Toyota Hilux baharu dijangka bakal tiba di pasaran Malaysia pada suku kedua (Q2) tahun 2016. Mengesahkan laporan kami sebelum ini tentang Hilux baharu yang bakal diperkenalkan di sini dalam tempoh masa berikut, walau pun tidak memberitahu tentang bilakah giliran Fortuner dan Innova baharu.
Hilux versi terkini ini telah pun diperkenalkan di Australia dan Thailand pada Mei 2015. Pikap ini menawarkan dua pilihan enjin dari keluarga GD turbodiesel iaitu berkapasiti 2.4 liter dan 2.8 liter yang dipadankan dengan kotak gear baharu manual enam-kelajuan dan automatik. Ia juga dibina dengan kerangka baharu bersama seni bina Integrated Rigidity Mechanism (FIRM), sementara bahagian dalaman dan teknologi pula telah banyak dipertingkatkan.
Tiada sebarang perincian tambahan berkenaan dengan spesifikasi namun pastinya ia memiliki pelbagai pembaharuan. Apa yang pasti kehadiran Hilux baharu ini pastinya memberikan persaingan yang sengit buat model pikap yang baharu yang dilancarkan di Malaysia termasuk Mitsubishi Triton, Ford Ranger dan Nissan NP300 Navara.
Sementara itu, turut diumumkan ialah Toyota Alphard dan Vellfire juga bakal tiba ke Malaysia pada suku ketiga pada tahun ini.
GALERY: Toyota Hilux pasaran Australia
Toyota Alphard JDM
Toyota Vellfire JDM


Toyota Yaris Cross
dari RM99,900
Toyota Hilux
dari RM226,300
Toyota Urban Cruiser
dari RM198,000
Toyota bZ4X
dari RM220,000
Toyota GR Yaris
dari RM315,600
Toyota GR Corolla
dari RM368,950
Toyota Camry
dari RM221,800
Toyota Corolla Cross
dari RM133,800
Toyota Hiace
dari RM169,000