Toyota hadiahkan Camry Hybrid 2.5 kepada pelanggan bertuah – terima lebih 9,000 penyertaan menerusi pertandingan ‘Beli & Menang Toyota’

Ms. Khoo Bee Ngoh (right) received the new Toyota Camry Hybrid from Mr. Khong Man Chong, Executive Director of Sales Group, UMW Toyota Motor

Dengan penyertaan melebihi 9,000 dari para pelanggan Toyota, seorang wanita bertuah telah dinobatkan sebagai pemenang pertandingan ‘Beli & Menang Toyota’ yang tamat pada Disember 2015. Pemenang bertuah tersebut, Khoo Bee Ngoh telah membawa pulang Toyota Camry 2.5 Hybrid baharu.

UMW Toyota Motor (UMWT) telah menganjurkan siri jelajah ‘Toyota WOW Road Tour is Back 2 Excite’ sejak September hingga November lalu. Dan sebagai sebahagiab daripada promosi jualan istimewa ini, UMWT turut menganjurkan pertandingan ‘Beli & Menang Toyota’, di mana ia memberikan peluang kepada semua pelanggan yang menempah mana-mana model Toyota di siri jelajah tersebut, layak untuk memenangi Toyota Camry 2.5 Hybrid.

Khoo yang membeli model Vios 1.5J (AT) di siri jelajah WOW di Sunway Pyramid, telah menerima hadiah yang dimenanginya ini di bilik pameran Toyota di Subang Jaya, yang disampaikan oleh Pengarah Eksekutif Bahagian Jualan UMTW, Khong Man Chong.

UMWT juga akan meneruskan siri jelajah WOW di beberapa lokasi terpilih di seluruh negara pada tahun ini, di samping lebih banyak promosi jualan menarik turut ditawarkan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • skatax on Mar 02, 2016 at 9:15 pm

    Saya rasa makcik Khoo ni bijak. Dia akan bawa pulang, bukan ke rumah tapi terus kepada pengedar kenderaan terpakai. Tukar dengan wang dah boleh bayar 2-3 deposit untuk kondo mewah sekitar Balakong/Sg. Besi.

    Pakai Hybrid ni untuk orang banyak duit sahaja, selepas 2-3 tahun bila bateri susut tenaga dan rosak, kereta langsung jatuh nilai mendadak. Sedangkan kondo mewah selepas 2-3 tahun dah boleh jual semula pada harga berlipat ganda. Betul kan makcik?

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required