SPYSHOT: Proton Perdana 2016 hampir mirip kabin Honda Accord – kekemasan kayuan, beige

2016-Proton-Perdana-BM-04

Kali ini, foto spyshot yang kami terima dari pembaca Daniel Soon, bukan sahaja lebih jelas menampakkan susuk badan Proton Perdana 2016 ini, malah ‘membongkarkan’ bahagian kokpit terutama papan pemukanya. Ternyata bahagian kokpitnya hampir mirip dengan rekaan Honda Accord generasi sebelum ini.

Ia menampilkan roda stereng tiga jejari dengan butang kawalan, bersama skrin paparan (mungkin bagi sistem audio bersama navigasi) dengan bentangan papan pemuka yang agak ringkas bersama warna hitam pekat.

Bukan itu sahaja, padanan kekemasan kayuan turut jadi pilihan pada bahagian konsol tengah dan panel pintu. Warna kuning langsat (beige) turut menjadi pilihan bagi balutan kulit tempat duduk serta permukaan pintu. Malahan masih mengaplikasikan brek tangan seperti model yang lain serta mempunyai dua tempat letak cawan di bahagian konsol tengah.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Perdana 2016 ini turut dilengkapi dengan lampu nyalaan siang (DRL) LED, lampu isyarat yang diletakkan pada sudut kluster lampu utama, serta lampu belakang LED.

Perdana 2016 ini bakal diproduksikan di Kilang Pengeluaran Sederhana Proton di Shah Alam. Ia dijangka dilancarkan pada suku pertama tahun ini. Walau pun cuba ‘lari sedikit’ dari terus dibayangi imej Honda Accord, namun Perdana 2016 ini masih mengekalkan enjin Honda 2.0 liter i-VTEC (154 hp/189 Nm) dan 2.4 liter i-VTEC (177 hp/222 Nm) dengan transmisi automatik lima-kelajuan.

Baru-baru ini, Proton turut mengesahkan model penambah baik Perdana ini dijangka diperkenalkan pada akhir 2017 di mana ia bakal menerima enjin baharu iaitu NE01 2.0 liter empat-silinder, berdasarkan model enjin Petronas E01 yang dibeli oleh pengeluar kereta nasional ini pada tahun 2012.

GALERI: Pra-pengenalan Proton Perdana 2016

GALERI: Proton Perdana 2016 rendered

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Peminat Auto on Feb 12, 2016 at 2:40 pm

    Kemasan dashboard dgn warna krim kurang menarik.

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  • sepul on Feb 12, 2016 at 2:54 pm

    Warna krim lebih digemari di pasaran India dan China. Sini orang ramai suka warna kelabu gelap.

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  • buck up proton on Feb 12, 2016 at 11:55 pm

    Tak menarik langsung 8 tahun kebelakang punya interior, trend terkini org follow interior mcm audi dan mercedes terbaru. Mazda dah mula ikut trend ini. Model jepun lain masih belum mula. Pilihan gearbox pun agak ketinggalan jauh. Silap haribulan proton punya design luar, dalam dan engine dah outdated jika compare dgn kereta conti tahun 2011. Sungguh mengecewakan.

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • skatax on Mar 02, 2016 at 9:04 pm

    ‘Honda Accord dengan talaan Lotus’. Saya rasa itu saja harapan Proton untuk memasarkan kereta ini.

    Kalau harapkan rekaan luar, Proton jarang berjaya.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required