Honda Civic 2016 aktif diuji sekitar Thailand

Honda-Civic-tenth-gen-spied-Thailand-1-e1455517510895_BM

Honda Civic 2016 sekali lagi ditemukan sedang diuji sekitar Thailand. Kali ini dengan visual sedan segmen C tersebut yang lebih jelas ihsan dari grup Facebook Honda Civic X Thailand. Seperti yang anda lihat, sedan ini dipenuhi dengan pelekat bercorak ‘X’ di seluruh badan Civic generasi ke-10 tersebut.

Sebelum ini Civic berwarna perak tersebut dilihat pada Januari 2016 dan November 2015 dengan sedikit penyamaran ringan. Penampilan terbaharu ini nampaknya tidak berubah dengan kesemua lencana, lampu hadapan dan belakang dilekat dengan pelekat penyamaran. Pada pandangan profil sisi, boleh disimpulkan kereta ini akan dilengkapi rim aloi lima-jejari dan spoiler belakang untuk pasaran Thailand.

Berdasarkan maklumat dari sumber tersebut, kereta tersebut juga dilihat dilengkapi dengan lampu hadapan LED, lampu isyarat cermin sisi dan yang paling utama ia dikuasakan oleh enjin 1.5 VTEC Turbo terbaharu Honda, dan dipadankan dengan kotak gear CVT. Untuk Civic spesifikasi US, enjin tersebut berupaya menjana 174 hp pada takat 5,500 rpm dan tork maksima 220 Nm hadir bermula 1,800 rpm hingga 5,000 rpm.

Honda-Civic-tenth-gen-spied-Thailand-2-e1455518070599_BM

Difahamkan model ini turut akan dikeluarkan dalam varian 2.0 liter DOHC empat-silinder tanpa bantuan pengecas turbo (berkuasa 158 hp pada takat 6,500 rpm dan tork maksima 187 Nm pada takat 4,200 rpm). Walau bagaimana pun, ketua R&D Honda Keiji Ohtsu sebelum ini membuat kenyataan tiada lagi kata putus sama ada semua Civic untuk pasaran Asia Tenggara akan dibekalkan dengan enjin janaan pengecas turbo tersebut.

Kita perlu menunggu Civic ini dilancarkan di Thailand untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sebelum kenyataan Ohtsu-san tersebut boleh disahkan. Namun begitu, Civic yang dicanangkan oleh Honda sebagai Civic terbaik pernah dibina ini perlu dibangunkan dengan mengambil kira banyak aspek untuk menghadapi pesaing-pesaing dari Eropah seperti BMW 3-Series, Mercedes-Benz C-Class, Audi A4 dan juga pesaing tradisi seperti Toyota Corolla, Mazda 3, Hyundai Elantra dan Kia Cerato.

GALERI: Honda Civic 2016 spesifikasi Amerika Syarikat

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • Peminat Auto on Feb 16, 2016 at 10:54 pm

    Enjin N/A lbh seronok dipandu krna power output mudah nk dijangka. Enjin turbo (moden) utk kereta harian lbh t’tumpu kpd kecekapan pngunaan bahan api, akn tetapi mentaliti org kita mgkin msih memikirkn ‘Turbo for TOP SPEED’. Slps dibandingkn drp review pengkritrik kereta drp eropah, kebnykkn memuji Civic gen-10 ini canggih, ruang luas & enjin yg agak responsif. Apabila dibandingkn dgn Mazda3, Civic masih bkn kereta yg fokus kpd pengalaman pemanduan (bagi seorg yg benar2 tekankn aspek keseronokn memandu). Apa2 pun, Civic gen-10 mmg kereta mid-sedan yg agak menarik pandangan.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required