Kerajaan bersetuju pengecualian cukai import ke atas 100 unit Tesla Model S – inisiatif GreenTech Malaysia

tesla-najib-visit-2_BM

Kerajaan telah memberi lampu hijau untuk membenarkan pengimportan tanpa cukai 100 unit Tesla model S atas inisiatif Malaysian Green Technology Corporation (GreenTech Malaysia), lapor New Straits Times.

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa lawatan beliau ke ibu pejabat Tesla Motor di Palo Alto, California. Lawatan beliau selama sejam tersebut telah diberi taklimat oleh Naib Presiden Tesla Motor, Diarmuid O’ Connell. Beliau juga berkesempatan memandu uji Tesla Model X.

Perdana Menteri berkata pengecualian cukai untuk kenderaan elektrik (EV) adalah sebahagian usaha kerajaan untuk mempromosi penggunaannya dan mengurangkan pencemaran karbon. “Kereta-kereta ini adalah pencemaran sifar, dan kami mahu persekitaran yang lebih mampan, jadi kami mahu mempromosi kereta seperti ini di Malaysia,” kata beliau kepada wartawan.

“Malaysia sudah mengambil keputusan untuk mempromosi kenderaan elektrik di bawah program istimewa di mana kerajaan akan membenarkan 100 unit sedan elektrik premium Model S diimport,” tambah beliau.

tesla-najib-visit-1_BM

Najib berkata 100 unit tersebut akan dikecualikan cukai. Pegawai kerajaan yang hadir pada majlis tersebut berkata Tesla mungkin akan dihadkan penjualannya kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sahaja, selari dengan kenyataan semasa inisiatif ini dimulakan tahun lepas.

Pada Mei 2015, GreenTech mendedahkan pelan mereka untuk program ini, di mana pada asalnya untuk membawa 120 unit Model S (kemudian dikurangkan kepada 110 unit), yang terdiri daripada model 70D pacuan semua roda dan model 85 pacuan roda belakang.

Tesla hanya boleh diperoleh dengan skim sewaan, dan akan ditawarkan sewaan selama dua tahun kepada syarikat GLC untuk digunakan sebagai kenderaan rasmi. Jadi orang awam tidak berpeluang untuk memiliki kereta ini.

Tujuan asal untuk program ini adalah untuk memberikan pihak yang berpengaruh akan kelebihan EV dengan menyediakan contoh teknologi kepada mereka, dan ini amat bermakna untuk membantu GreenTech Malaysia untuk mengembangkan skop EV didal negara melalui pelan tindakan Mobiliti Elektrik.

Kami telah dilaporkan program sewaan ini akan diberi kebenaran oleh pihak Tesla, di mana mereka tidak berminat untuk menjual kereta ini terus ke Malaysia. Tesla bersetuju untuk menjalankan inisiatif untuk memberi kefahaman kereta mereka adalah digunakan untuk meningkatkan pengetahuan terhadap EV dan teknologinya dengan pembuat polisi.

GreenTech Malaysia sudah pun mempunyai dua Model S 85 didaftarkan dan digunakan di dalam negara.

Model S 85 tersebut merupakan varian asas 362 hp yang dilengkapi dengan bateri 85 kWh, yang boleh dipandu sejauh 426 km dengan sekali cas. Sebagai ciri standard, ia dilengkapi dengan satu pengecas 10 kW, penyambung mudah alih dengan outlet 240 beserta penyesuai pengecas awam SAE J1772.

Bulan lalu, GreenTech membawa salah satu daripada dua 85 tersebut menjelajah ke Kulim, Kedah bermula dari pejabat mereka yang terletak di Bangi dengan hanya sekali cas.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

 

Add a comment

required

required