Jenama EV dari China yang berada di bawah payung kumpulan Stellantis iaitu Leadmotor mengumumkan bahawa ia telah berjaya menyerahkan lebih dari 1.5 juta unit kenderaan kepada di selurh dunia. Pencapaian terbaharu ini dikecapi hanya dalam masa lapan bulan selepas Leapmotor mencapai penghantaran melebihi sejuta unit pada Oktober 2025.
Sebelum itu Leapmotor mencapai penghantaran melebihi 500,000 pada Oktober 2024, setahun selepas Stellantis mengambil alih 20% kepentingan dalam Leapmotor dan melancarkan Leapmotor International, iaitu syarikat usaha sama di mana 51% kepentingan dimiliki oleh Stellantis dan 49% dimiliki oleh Leapmotor.
Leapmotor telah menghantar kenderaan pertamanya di pasaran China pada Jun 2019, dan hanya mengambil masa tujuh tahun untuk mencapai 1.5 juta unit di seluruh dunia. Pembentukan Leapmotor International telah memacu kepada pertumbuhan berterusan tersebut dengan pengembangan ke pasaran di luar China, terutamanya di Eropah yang membolehkan jenama itu mendapat akses kepada pasaran yang lebih luas.
Jenama ini mula membuat penampilan di Malaysia menerusi SUV EV segmen-C C10 yang dilancarkan di sini pada Oktober 2024. Ia diikuti oleh model lebih kecil Leapmotor B10 pada Disember 2025 dan C10 Plus pada Februari tahun ini. Berdasarkan data pendaftaran kenderaan baharu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sebanyak 516 unit kenderaan jenama Leapmotor telah didaftarkan di Malaysia pada tahun 2025.

